Gempar !!! Azmin intai peluang bertanding di Parlimen Batu Pahat?

Menteri Kanan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dikhabarkan akan bertanding di parlimen Batu Pahat pada pilihan raya umum ke-15.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Serudin Soud yang memetik sumber berkata, perkara itu telah disuarakan oleh beberapa pihak yang dikatakan cenderung menyokong menteri tersebut.

“Sumber tersebut memaklumkan bahawa kerusi panas parlimen Batu Pahat ini akan ditandingi oleh Azmin Ali.

“Boleh dikatakan percaturan sudah mula berlangsung di antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) sekiranya perkara ini benar-benar terjadi.

“Dikatakan penyandang kerusi ini, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon akan memberi laluan kepada Azmin untuk bertanding di sini,” jelasnya.

Beliau turut difahamkan bahawa persetujuan tersebut telah dibincangkan dan mendapat sambutan dari komponen Perikatan Nasional yang lain.

“Mungkin juga Umno perlu memberi laluan kepada Azmin untuk bertanding di parlimen tersebut.

“Ia adalah suatu perkhabaran yang memeranjatkan apabila Azmin yang lebih dikenali di kawasan Selangor atau pun Wilayah Persekutuan akan berpindah ke Johor.

“Andai khabar ini benar-benar berlaku, ia agenda untuk Azmin yang kini takut berdepan pengundi beliau di kawasan Gombak,” jelasnya lagi.

Sumber:https://www.johorkini.my/pru-15-azmin-ali-bertanding-di-parlimen-batu-pahat/