Gempar!! Ustaz Ebit hilang?

Dakwaan yang mengatakan dermawan terkenal, Ustaz Ebit Lew hilang di bumi Palestin adalah tidak benar sama sekali.

Menerusi hantaran terbaru Caprice di Instagram, dia mendedahkan perbualannya bersama Ustaz Ebit menerusi aplikasi Whatsapp.

Caprice yang menerima mesej dari netizen tentang kehilangan Ustaz Ebit telah menghantar mesej kepada Ustaz Ebit sendiri untuk mendapatkan pengesahan.

Ternyata khabar angin itu tidak benar apabila Ustaz Ebit telah membalas mesej Caprice.

Terdahulu Ustaz Ebit dilihat sudah lama tidak mengemaskini akaun medi asosialnya di mana kali terakhir dia berbuat demikian adalah pada 27 Mei yang lalu. Disebabkan itu, ada khabar angin yang mengatakan usahanya untuk menyealurkan bantuan telah dihalang oleh Israel.

Siapalah yang pandai-pandai memnyebarkan berita palsu ini? Daripada menyebarkan berita palsu, lebih baik kita doakan keselamatan Ustaz Ebit di sana semoga semua urusannya menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin dipermudahkan Allah SWT.

Sumber : https://oijom.com/ustaz-ebit-lew-tidak-hilang/