GPS dilapor mahukan Muhyiddin jadi PM

GPS dilapor mahukan Muhyiddin jadi PM. Gabungan Parti Sarawak (GPS) kekal dengan pendiriannya untuk membentuk kerajaan dan akan terus menyokong Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, menurut laporan.

Sin Chew Daily memetik Fadillah Yusof sebagai berkata, GPS juga telah menyerahkan akuan berkanun (SD) kepada Yang di-Pertuan Agong menyatakan sokongan Ahli Parlimen terhadap Muhyiddin untuk menjadi perdana menteri.

GPS dilapor mahukan Muhyiddin jadi PM

Fadillah, naib presiden kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), mengetuai delegasi pemimpin GPS di Istana Negara pagi ini.

Beliau mengesahkan hanya empat pemimpin gabungan menghadap Agong, termasuk Alexander Nanta Linggi, Richard Riot Jaem dan Tiong King Sing, selain dirinya.

BACA:

Lelaki ditahan polis kerana ancam bunuh Agong

Semakin ramai mahu ahli parlimen Sarawak jauhkan diri dari PN & PAS

Tok Mat dituntut letak jawatan, ini puncanya