Graduan perubatan kena ‘scam’, dapat tawaran kerja tapi nama tiada dalam senarai lapor diri

Kesiannya jadi kami, Graduan MBBS UIAM 2020 (dalam 130 orang) kena aniaya.

Dah dapat surat tawaran masuk kerja, dah beli tiket flight, bayar deposit rumah sewa, shipping kereta/motor, kerja sana-sini uruskan dokumen, TIBA-TIBA nama tak tersenarai untuk lapor diri. Dah beribu duit dibelanja.

Kami telah dipanggil untuk melapor diri sebagai Pegawai Perubatan Siswazah Gred UD41 lantikan kontrak dijadual melapor diri pada 28 Jun 2021 disemua hospital yang terpilih. Walaubagaimanapun pada 15/6/2021, pihak kami mendapati senarai nama terkini dilaman web MMC tiada senarai nama kami.

May be an image of text that says 'TAWARAN LANTIKAN KONTRAK SEBAGAI PEGAWAI PERUBATAN SISWAZAH GRED UD41 DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KM) BIL 2/2021 -PERMOHONAN PENEMPATAN SECARA ATAS TALIAN DI SISTEM eHousemen Inbox Pentadbir eHo... days pravinthiran1, melayanelan... Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Tuan/Puan, Tahniah kerana berjaya ditawarkan pelantikan kontrak sebagai Pegawai Perubatan Siswazah Gred UD41 di Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menjalani latihan siswazah. Mohon klik pautan di bawah bagi arahan dan maklumat lanjut mengenai permohonan penempatan sebagai Pegawai Perubatan Siswazah Gre UD41 bil 2/2021. https://drive.gogle.com/file/d/171 FllpyBoCFaslbZU4Fn1o2iFKyU1 J/view? usp=sharing'

Pihak kami difahamkan bahawa penangguhan ini dibuat kerana isu pewartaan yang dinyatakan oleh MMC yang mana sebelum ini pihak kami tidak mendapat sebarang maklumat mengenai permasalahan ini sehingga hari Ehouseman (9/6/2021). Terdapat juga dikalangan kami tidak memperolehi sebarang maklumat sehinggalah 15/6/2021 apabila MMC mengeluarkan Senarai Nama Penyerahan Dokumen Pendaftaran Sementara Bil. 2/2021 dan didapati semua nama kami telah tidak tersenarai sebagaimana sebelumnya.

Sebelum ini universiti kami TIDAK berada dalam senarai pewartaan (maksudnya boleh daftar untuk Housemen) . Sebelum pada hari eHO, sebahagian kami ada membuat semakan secara lisan dengan MMC untuk mengesahkan bahawa universiti kami tiada dalam senarai pewartaan dan disahkan secara lisan bahawa tiada dalam pewartaan.

Kami dah uruskan segala dokumen untuk kemasukan Housemen tapi, kami dimaklumkan SANGAT LAMBAT pasal isu ni. Kami telah korbankan ribuan ringgit dan masa untuk penempatan kami semasa bekerja.

Graduan yang mendapat tawaran jauh daripada tempat mastautin seperti ke Sabah dan Sarawak, telah mendapatkan rumah sewa dan membayarnya. Tiket kapal terbang juga telah dibeli dan dimaklumkan juga ada yang telah berada didaerah pendaftaran untuk menjamin semuanya lancar. Semua tindakan ini diambil kerana pihak kami tiada menerima sebarang maklumat sahih berkenaan permasalahan ini dari MMC.

Edit: Bukan pelajar UIAM sahaja terlibat, malah ada universiti-universiti lain seperti UniSHAMS, Mansoura (Mesir) Zagazig dan Taylor’s Universiti dan lain-lain.
Boleh baca thread di bawah untuk penerangan lagi.

Sumber : https://www.mhdaily.net/graduan-perubatan-uiam-dakwa-dianiaya-dapat-tawaran-kerja-tapi-nama-tiada-dalam-senarai-lapor-diri/