‘Hadiah untuk abah, kalau tak boleh jadi anak yang berjaya jadilah anak yang baik untuk mak ayah kau’

Assalammualaikum , hadiah untuk abah sebelum esok keluar ke kuantan tour di sana untuk mencari rezeki.

Ya Allah , terima kasih atas pinjaman rezeki mu. Terima kasih izinkan aku untuk sentiasa usaha jadi manusia yang menghargai Mama abah sebelum kehilangan.

Dalam 5 beradik. Dari aku kecik sampai umur 18 tahun. Aku laa yang selalu buat masalah , bagi mama abah malu dengan perangai aku.

'Hadiah untuk abah, kalau tak boleh jadi anak yang berjaya jadilah anak yang baik untuk mak ayah kau' May be an image of 2 people, jeep, car and text

Orang cakap buruk2 pasai aku . Orang doakan aku macam2 sebab aku anak paling tak menyenangkan orang sekeliling waktu aku takda hala tuju dulu.

Dan dalam 5 beradik aku laa yang selalu makan karateeee abah kena tali pinggang sampai tak berasa apa dah. Penampaq pun makan serupaaa takda apa dah . Dah lali selalu kena.

Tapi … aku tak pernah berdendam.. sebab semua yg abah mama buat tu salah aku sendiri . Sendiri salah sendiri hadap. Alhamdulilah.

Sekarang allah izinkan aku betulkan hati mama abah yg aku pernah sakitkan dulu.

Aku belajar tak pandai , umur 19 dah kahwin.. kira orang cakap takda masa depan laa.

Tapi aku manusia yang tak hairan dengan mulut orang yang semtiasa bercakap buruk2 . Aku yakin kan diri. Aku buat sampai jadi!

Harini. Aku buktikan.

Aku anak yang tak seburuk orang sangka kan.

Alhamdulillah terim kasih Allah.

“Kalau tak boleh jadi anak yang berjaya. Jadilah anak yang baik untuk mak ayah kau.”

BACA :

‘Jika belum kaya, pastikan kita nampak kaya’
Selepas akibatkan rider Ducati maut kerana lawan arus, individu mengaku OKU sakit mental
‘Maruah aku sebagai lelaki betul-betul tercabar pagi ni.. Jangan sesekali kau bergaduh dengan perempuan!!’