Hafiz Mahamad beri elaun taska kepada anak staff RM350 sebulan

Hafiz Mahamad beri elaun taska kepada anak staff RM350 sebulan.

Bila saya lihat transaction payment “allowance untuk anak anak staff” , “hati ni tiba tiba rasa sebak”.

Tak ramai tahu, waktu AINAA bermula dulu. Saya hanya nk target semua staff bergaji 2k ke atas.

Saya ingat lagi awal dulu berniaga, tengah malam dalam kereta waktu di Gerik. Waktu tu badan habis penat & lunyai.

Hafiz Mahamad beri elaun taska kepada anak staff RM350 sebulan

Tiba tiba saya jerit “Kita boleh buat ni ! Balik ni semua staff gaji 2k ke atas. Ada beberapa team dlm kereta menjadi saksi
Alhamdulilah. Berhasil.

Selapastu, Next target adalah umrah. Alhamdulilah berhasil, batch by batch pergi.

Waktu PKP, saya nampak majority staff saya dh mula berkahwin & ramai dh mula pregnant. Saya cuba letakkan diri di tempat mereka. Yela, bila dh ada keluarga & anak. Komitmen mesti bertambah.

1 anak kalau hantar nursery, paling rendah RM500. Disini saya dh start cuba letak target baru & discuss dgn acc saya.

Dalam hati kata, walaupun income gaji bulanan mereka okay. Ya Allah selain gaji bulanan mereka pasti ada tambahan lain yg kau izinkan aku mampu untuk berkongsi.

Saya cuba buat 1 per 1:

1. kita cuba selesaikan dulu dengan sediakan lunch everyday supaya cost hidup harian mereka berkurang. Lauk lebih di office mereka boleh tapau makan dirumah.

2. Kita provide hostel untuk staff perempuan yg tak berkahwin lagi.

3. Mana mana staff yg berpindah ke rumah baru, kebiasaan duit depo rumah. Kita akan bagi.

Dalam masa sama, siang malam otak ni tak berhenti fikir idea & pembangunan baru yg saya nk buat dalam Ainaa ni.

Alhamdulilah berhasil. Hasil kerja keras sama sama.

Harini, Alhamdulilah 1 lg pencapaian berhasil.

Semuanya bermula dari “pemberian yg kecil”.

Kalau dulu, saya tak mampu nk beri gaji yg tinggi. Saya buat kerja sama sama dgn mereka. Harini, Allah izinkan cukup untuk mereka.

Mereka keluarga saya, saya hanya minta dari keluarga ni. “Jaga adik beradik kita dalam office” baik baik, binalah berjuta kenangan manis sesama kalian & kerjalah kerana Allah.

Jangan kita sombong, tunduk lah kebawah untuk melihat orang orang yg menyokong kita. Sayang & cintailah mereka. Jangan berhenti dari mulut kita untuk “berterima kasih”.

Menghargai itu adalah tugas kita. Jika ada kasih sayang, akan mudah semuanya ke arah.

“Kejayaan Demi Kebahagiaan”.

BACA :

Ajak Melissa, pejuang muzik rock melayu tanah air yang tenggelam timbul
Senarai 10 orang terkaya di Malaysia
Wanita dihalau dari hotel terkemuka di Kuala Lumpur, ‘Mungkin aku dan family belum cukup VIP’