Haiwan pelik dijumpai, mulut sebiji macam manusia. SEEKOR haiwan laut misteri yang mempunyai mulut seperti manusia ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia.
Menurut Drew Lambert, dia terjumpa haiwan itu ketika sedang berjalan di pusat peranginan popular, Pantai Bondi pada 5 April lalu.
Ujarnya, dia terkejut melihat kehadiran haiwan persis makhluk asing itu.
Pada masa sama, dia turut merakam beberapa keping gambar sebelum berkongsi mengenainya dengan komuniti biologi marin menerusi laman Reddit.
Selain penemuan haiwan yang memiliki mulut manusia, seorang nelayan turut mendedahkan penemuan seekor ikan seperti naga pada minggu yang sama.
Roman Fedortsov berkata, haiwan aneh itu ditemui di pinggir laut Tromsø, Norway, baru-baru ini