Hajat tidak kesampaian tengok wayang, remaja maut dirempuh

Hajat tidak kesampaian tengok wayang, remaja maut dirempuh. Hasrat seorang remaja lelaki menonton wayang tidak kesampaian apabila dia maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan di Jalan Pokok Mangga, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam, mangsa Muhammad Ammar Syahmi Rosli, 16, pelajar tingkatan empat maut di lokasi kejadian, sementara itu rakannya, membonceng tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kemalangan membabitkan sebuah motosikal Modenas Dinamik dan tiga buah kereta.

Beliau berkata, siasatan awal dijalankan mendapati sebelum kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Malim menghala ke Banda Hilir manakala Mercedes Benz dipandu lelaki warga emas 67 tahun dari arah Klebang.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Mercedes Benz terbabit hendak membelok masuk ke simpang Taman Sri Pandan, lalu berlaku kemalangan dengan motosikal ditunggang mangsa.

Hajat tidak kesampaian tengok wayang, remaja maut dirempuh

“Akibat kemalangan itu, kereta dipandu warga emas terbabit kemudian merempuh dua lagi kenderaan iaitu Proton Aeroback dan Honda Accord,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat selain kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

BACA:

Benarkah kerajaan Pas bebas korupsi? Ini cerita sebenarnya…

Rakyat dibenarkan buat pengeluaran KWSP lagi, ini syarat pengeluaran

Sifu trading poyo pakai BMW i8, sekali kantoi tu ‘kereta sewa’