Hangat!!! Isu Mercedes: Warganet puji Ketua Menteri Pulau Pinang

Tidak semua pemimpin punya sikap rendah diri dan boleh memohon maaf secara terbuka setelah sedar hati rakyat terguris dengan sikap atau tindakan mereka.

Awal tahun lalu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Abdullah mengeluarkan kenyataan berbaur angkuh dan sombong apabila kerajaan negeri membeli 14 buah kereta Mercedes Benz, seterusnya dikritik ramai pihak.

“Takkan nak pakai Viva belaka (semua) menteri?” soal Mohd Amar yang juga Naib Presiden Pas itu.

Bukankah ia berbunyi angkuh dan amat tidak bertimbang rasa terhadap rakyat Kelantan yang mungkin hanya mampu menggunakan kereta Viva sahaja?

Oleh kerana itulah, permohonan maaf yang dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pada 10 Januari lalu dianggap menunjukkan sikap pemimpin yang baik dan terbuka dalam menerima teguran.

Malah, Kon Yeow dianggap lebih tawaduk kerana memilih untuk meminta maaf kepada semua khususnya rakyat Pulau Pinang yang mungkin tersinggung berkaitan isu pembelian kenderaan rasmi, iaitu sebuah Mercedes Benz.

Chow Kon Yeow

Rata-rata warganet dan rakyat Pulau Pinang memuji tindakan pemimpin DAP itu yang tampil membuat permohonan maaf.

“Sampai hari ini Menteri Besar Kelantan tidak pernah minta maaf sebab borong Mercedes untuk semua Exco sampai cecah RM3.5 juta.

“Ketua Menteri Pulau Pinang hanya beli Mercedes untuk dia seorang minta maaf,” kata pengguna Facebook, Ahmad Farouk Ilham.

Sementara itu, Omar Danie pula berpendapat pembelian sebuah Mercedes yang mengikut saluran betul lebih baik daripada ‘songlap’ wang rakyat antaranya seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Tabung Haji (TH).

“Tiada masalah KM (Ketua Menteri). Berpatutan dengan kecemerlangan KM menjaga negeri dan membela rakyat.

“Ekonomi, urus tadbir baik dan semua kaum dijaga adil. Teruskan kerja yang baik untuk rakyat,” katanya lagi.

Terdahulu, Kon Yeow berjanji akan lebih berhati-hati dalam membuat pertimbangan selepas ini.

“Kita berharap isu ini akan menjadi satu pengajaran pada masa akan datang. Walaupun ada keperluan tetapi memandangkan rakyat sedang risau (situasi pandemik), mungkin pembelian ini boleh ditangguhkan,” ujarnya.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang juga ada mengeluarkan satu kenyataan bahawa kelulusan untuk pembelian kereta rasmi baru tersebut adalah pada 29 November 2019, iaitu ketika sebelum Covid-19 melanda.

Pembelian juga dibuat menggunakan saluran yang betul.

Walaupun begitu Kon Yeow yang rendah diri dan prihatin akan kegusaran rakyat tetap memohon maaf, malah sudi mempertimbang semula pembelian kenderaan rasmi tersebut walaupun kenderaan rasmi kini sudah berusia tujuh tahun dan pernah mengalami kerosakan.

Sumber:https://malaysiadateline.com/isu-mercedes-warganet-puji-ketua-menteri-pulau-pinang-berjiwa-besar-mohon-maaf/