Harga ramen ‘godzilla’ RM225 semangkuk

Harga ramen ‘godzilla’ RM225 semangkuk.

Sebuah restoran ramen di Yunlin, Taiwan, baru-baru ini melancarkan menu terbaharunya diberi nama Godzilla Ramen, semangkuk sup mi ramen bersama kaki buaya.

Menerusi perkongsian hantaran di Facebook (Fb) yang kini tular, Godzilla Ramen didakwa mendapat inspirasi daripada ramen isopod popular yang seolah-olah diperkatakan oleh semua orang di Taiwan pada akhir bulan lalu.

Bagi menarik perhatian bakal pelanggan, pemilik kedai ramen di bandar Douliu dekat daerah Yunlin Taiwan, menghasilkan variasi yang lebih mengejutkan.

Harga Ramen 'godzilla' RM225 semangkuk

Selepas mempelajari cara memasak sup buaya ketika lawatan ke Thailand, pemilik restoran ramen Witch Cat, mencipta resipi Godzilla Ramen dan mula mempromosikannya secara dalam talian untuk impak yang lebih hebat.

Gambar mangkuk ramen dengan kaki buaya terjulur daripadanya tersebar luas di media sosial Taiwan dan juga di luar negara.

Kaki buaya untuk Godzilla Ramen dilaporkan diperoleh daripada ladang buaya di Taitung.

Bagaimanapun, ladang itu hanya boleh membekalkan bahan yang mencukupi untuk beberapa mangkuk ramen setiap hari, jadi hidangan itu perlu ditempah lebih awal.

Semangkuk Godzilla Ramen dijual dengan harga NT$1,500 (kira-kira RM225).

Restoran berkenaan juga mengenakan caj NT$100 (kira-kira RM15) untuk mereka yang memesan hidangan itu secara eksklusif untuk gambar tanpa menikmati hidangan itu.

Godzilla Ramen mendapat banyak perhatian dalam talian namun rata-ratanya negatif dan setakat ini, ramai menuduh Witch Cat menggunakan taktik pemasaran tidak masuk akal.

BACA :

‘Suami kalau die nak curang, tambat lah macam mana pun die akan curang jugak’
Selepas 7 tahun, wanita pasrah akhiri tugas sebagai isteri
Ini 6 nasihat bila disoal tentang rezeki anak lepas berumahtangga