Hidangan kepala ular kejutkan penumpang kapal terbang ini

Hidangan kepala ular kejutkan penumpang kapal terbang ini. Tular baru – baru ini seorang pramugara di sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang terkenal di Eropah terkejut apabila menemui kepala ular dalam hidangan yang disediakan dalam kapal terbang.

Menurut laporan penerbangan itu sedang dalam perjalanan ke Dusseldorf dari Ankara, Turki.

Ketika sedang bertugas, pramugara terbabit sempat merakam ‘objek’ seram itu dan berkongsi video tersebut secara dalam talian untuk mendapatkan respon segara daripada pihak syarikat penerbangan.

Ketika dia ingin membuka hidangan makanan tengah hari, alangkah terkejutnya apabila melihat kepala ular sedang merenung tepat ke arahnya. Difahamkan, kes seperti itu pernah terjadi kepada kakitangan yang lain sebelum ini.

Lebih mengejutkan lagi apabila kakitangan sebelum ini pernah membuat aduan bahawa mereka menjumpai kumbang dan siput dalam hidangan makanan ketika sedang bertugas.

Hidangan kepala ular kejutkan penumpang kapal terbang ini

Walau bagaimanapun, syarikat penerbangan terbabit menafikan dakwaan bahawa pihaknya menyediakan makanan yang tidak bersih.

Menurut agensi penerbangan tersebut membuat penjelasan bahawa Keutamaan syarikatnya adalah menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada para tetamu dan pekerja kerana ingin mereka memiliki pengalaman penerbangan yang selesa dan selamat.

Tuduhan yang dilemparkan itu sama sekali tidak berasas dan tidak boleh diterima. Oleh itu, siasatan terperinci akan dijalankan. Sehingga siasatan selesai, semua langkah dan tindakan pencegahan termasuklah menghentikan bekalan produk berkaitan telah diambil serta-merta.

BACA:

Tanam sayur keliling rumah jana pendapatan RM4,000 sebulan

Sepohon kelapa semuanya bermanfaat, tukar jadi duit

Wartawan kena kecam kerana minta Tok Ti komen kisah Puteri Sarah