Hot!!! Mungkinkah ini Perodua D5LL Yang Bakal Memasuki Pasaran Tidak Lama Lagi?

Pada tahun 2021, Perodua bakal mencipta sejarah tersendiri kerana mereka bakal melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama mereka yang diberikan kod nama, Perodua D5LL.

Baru-baru ini, kami menerima beberapa keping gambar untuk sebuah kereta bersaiz SUV lengkap dengan balutan camouflage sedang dipandu uji di sekitar kawasan Bangi.

Jika dilihat dari bahagian belakang kereta tersebut, ia mempunyai reka bentuk yang sama seperti beberapa gambar spyshot dan lukisan konsep Perodua D5LL yang pernah tular di internet sebelum ini.

vocket-spyshot-Perodua-D5LL-1-1

SUMBER GAMBAR: THE VOCKET

vocket-spyshot-Perodua-D5LL-3-1

SUMBER GAMBAR: THE VOCKET

vocket-spyshot-Perodua-D5LL-2-1

SUMBER GAMBAR: THE VOCKET

vocket-spyshot-Perodua-D5LL-12

SUMBER GAMBAR: WAPCAR.MY

Berdasarkan perancangan asal Perodua, mereka mahu melancarkan kereta SUV pertama mereka pada awal bulan tahun 2021, iaitu pada bulan Januari yang lalu.

Tetapi rancangan tersebut terpaksa ditangguhkan kerana serangan wabak COVID-19 telah mengganggu pemasangan Perodua D5LL di kilang Perodua terletak di Rawang.

Kami kongsikan beberapa lukisan konsep Perodua D5LL yang menggunakan reka bentuk kereta Daihatsu Rocky dan juga Toyota Raize. Difahamkan kereta SUV ini bakal dilancarkan dalam tiga varian iaitu varian asas G, varian pertengahan X dan varian tertinggi AV.

vocket-spyshot-Perodua-D5LL-8

SUMBER GAMBAR: WAPCAR.MY

vocket-spyshot-Perodua-D5LL-9

SUMBER GAMBAR: WAPCAR.MY

vocket-spyshot-Perodua-D5LL-10

SUMBER GAMBAR: THE AJERUL

vocket-spyshot-Perodua-D5LL-11

SUMBER GAMBAR: WAPCAR.MY

Kereta SUV ini akan menjadi pengganti generasi baru kepada kereta Perodua Kembara dan Perodua Nautica yang pernah berada di pasaran beberapa tahun yang lalu.

Perodua D5LL mungkin bakal dilancarkan sekitar bulan Mac nanti. Apa pendapat anda tentang reka bentuk kereta SUV Perodua yang pertama ini?

Perodua mahu menjual sebanyak 240,000 unit kereta pada tahun ini. Dengan pelancaran model kereta SUV pertama mungkin dapat mempercepatkan Perodua mencapai sasaran ini.

Sumber:https://www.thevocket.com/diuji-sekitar-bangi-mungkinkah-ini-perodua-d5ll-yang-bakal-memasuki-pasaran-tidak-lama-lagi/