Hujan lebat dijangka bermula hingga 5 Disember

Hujan lebat dijangka bermula hingga 5 Disember. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat berterusan akan bermula di timur Sabah, pantai timur dan utara Semenanjung bagi tempoh esok hingga 5 Disember ini disebabkan oleh angin timuran yang kencang dari barat Lautan Pasifik.

Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata, pada masa sama, satu sistem cuaca bertekanan rendah dijangka terbentuk di Laut China Selatan pada 2 Disember ini.

Menurutnya, sistem ini diramal bergerak ke arah barat merentasi sempadan Malaysia-Thailand menuju ke Laut Andaman pada 3 hingga 4 Disember ini dan kewujudannya boleh meningkatkan intensiti hujan.

Hujan lebat dijangka bermula hingga 5 Disember

“Ombak besar dan angin kencang turut dijangka melanda pesisir pantai serta perairan Kelantan dan Terengganu.

“Keadaan ini adalah berbahaya kepada sebarang aktiviti pantai dan laut. Justeru, MetMalaysia mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (waspada) membabitkan timur Sabah, pantai timur dan utara Semenanjung dalam tempoh 1 sehingga 4 Disember ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, orang awam di kawasan terbabit dinasihatkan untuk lebih peka dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.

“MetMalaysia sentiasa memantau dan memaklumkan perkembangan sistem ini dari semasa ke semasa melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, dan media sosial rasmi.

“Talian hotline MetMalaysia 1-30022-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut ” katanya.

BACA:

Dah macam bawa beg plastik kiri kanan, fesyen Aina Abdul jadi bahan ejekan ramai

Lepas rembat rantai emas, penyamun berenang larikan diri

Kabinet Kerajaan Perpaduan diumum hari ini?