Huru-hara jadi bila Fizz Fairuz dan Mimi Peri bergabung, berdekah habis!

Huru-hara jadi bila Fizz Fairuz dan Mimi Peri bergabung, berdekah habis!

Bila tibanya bulan ramadhan, sudah pasti ramai yang masih ingat dengan ‘kejutan istimewa’ untuk bangun sahur daripada Mimi Peri.

[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

Sejak ia mula viral beberapa tahun lalu, selebriti media sosial itu semakin dikenali di Malaysia sehingga sering bersiaran langsung bersama artis tempatan.

Bangun cepat, nak habis sahur dah ni…kalau tak bangun aku ketuk dengan periuk ni

Mengimbau kembali pada tahun lalu, jejaka asal Indonesia itu sempat kecoh selepas gandingannya dengan pelakon Fizz Fairuz dalam sebuah siaran langsung yang berjaya mencuit hati ramai.

Mereka dilihat mula akrab sehingga pelakon berkenaan sering memuat naik video kejut sahurnya di laman Instagram apabila tiba bulan ramadhan.

Semua dah stanby, korang mesti rindu kami kan…kami akan memeriahkan ramadhan kali ini

Terbaharu, perkongsian pelakon tersebut sekali lagi menghiburkan netizen selepas dia memuat naik video yang dikongsikan oleh Mimi Peri.

Beliau juga sempat berseloroh akan hadir memeriahkan puasa tahun ini dengan telatah lucu serta gandingan bersama ‘kembarnya’ itu.

Lebih mencuit hati, usahawan berkenaan turut berkongsikan sekeping foto watak terkenalnya dalam filem ‘Mat Tudung’ seakan-akan menunjukkan kemiripan mereka berdua.

Macam ramadhan kali ni mimpi buruk je Dato hahaha…tengok banyak kali tak jemu

Sejak ia dikongsikan semalam, video tersebut mula mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata mereka turut terhibur dengan perkongsian berkenaan selain berasa tidak sabar menunggu versi kejutan terbaharu daripada selebriti indonesia itu pada tahun ini.

Tonton:

BACA JUGA:

JAWI umum tiada lagi penjarakan sosial di masjid, namun ada syarat pula

Kecoh Tengku Zafrul letak jawatan Menteri Kewangan, ini jawapan tuan badan

Dah lama bercinta online dengan makwe Rusia, sekali bila jumpa ini yang jadi

[/bg_collapse]