Ibu bapa bimbang dengan trend Barcode di sekolah

Ibu bapa bimbang dengan trend Barcode di sekolah.

Semalam berborak dan bercerita dengan seorang ustazah di sekolah menengah, katanya antara trend di sekolah yang agak membimbangkan sekarang ialah, trend BARCODE.

Alahai. Trend BARCODE tu ialah, budak-budak akan ambil p*sau dan toreh tangan/lengan mereka banyak-banyak macam barcode.

Ibu bapa bimbang dengan trend Barcode di sekolah

Bila diselidik, antara punca mereka buat seperti itu ialah tekanan hidup. Stress katanya.

Ada yang buat sebab suka-suka. Nampak kawan-kawan buat, nampak ada content di media sosial ada orang buat, dia buat jugak. Stress sikit, ambil p*sau toreh-toreh di tangan. Rasa lega katanya lepas buat.

Punca paling banyak ialah, masalah keluarga. Katanya stress nampak mak ayah bergaduh. Stress bila mak ayah asyik marah-marah je kat rumah. Silap sikit marah.

Tak buat apa yang suruh kena maki. Rumah bukan lagi jadi tempat yang selamat dan tenang untuk mereka. Maka, jiwa remaja pun memberontak dan rasa tak dihargai. Solusi? Buat barcode kat tangan untuk lupakan masalah.

Lagi membimbangkan, majoriti yang buat barcode ni, akan ulang-ulang buat lagi bila ada masalah dan ibu bapa tak tahu pun yang anak-anaknya buat.

Kadang-kadang remaja ini akan jumpa content di media sosial pasal barcode ni dan ada komuniti yang menyokong perbuatan mereka dan mengaku buat jugak. Allahuakbar.

Mendidik anak-anak remaja zaman sekarang sangat mencabar. Bagai menarik rambut dalam tepung. Terlalu berlembut bawa rebah, terlalu kasar bawa padah.

Sekali-sekala, ambil lah tahu apa yang anak-anak remaja kita alami. Cek tangan mereka adakah mereka terjebak dengan trend membinasakan ni.

Mungkin ada yang cakap, biasa je benda ni. Trend ni dah lama dah cuma muncul balik je. Tapi adakah perlu dibiasakan?

Ps: Tapi tak semua buat sebab ikut trend, memang ada yang buat kerana betul-betul depression, tertekan dengan kehidupan.

Tugas kita sebagai yang dewasa bukan mencemuh dan menggelarkan mereka lemah, tetapi mencari solusi kepada ‘akar permasalahan’ agar mereka tidak tersasar lagi. Mereka perlu ditolong. Semua pihak perlu memainkan peranan. Baik ibu bapa, guru dan masyarakat.

BACA :

Kisah si Tukang Masak
Kisah wanita digelar ‘Wanita Paling Hodoh di Dunia’
Wanita dihalau dari hotel terkemuka di Kuala Lumpur, ‘Mungkin aku dan family belum cukup VIP’