Ibu bingung anak beragama Kristian suka dengar azan, ‘Nak sedih ke bangga’

Ibu bingung anak beragama Kristian suka dengar azan, ‘Nak sedih ke bangga’.

Setiap daripada kita pasti mempunyai agama dan kepercayaan masing-masing pada Tuhan.

Di Malaysia juga kita boleh lihat pelbagai agama dan budaya diamalkan. Terpulang kepada individu itu sendiri tetapi janganlah pula sampai memudaratkan diri.

Ibu bingung anak beragama Kristian suka dengar azan, 'Nak sedih ke bangga'

Tak salahnya sebenarnya jika kita ingin mengetahui sedikit sebanyak tentang sesebuah agama dengan tujuan untuk belajar dan masih berpegang teguh pada agama kita, betul tak?

Lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang ibu bingung melihat anaknya yang beragama Kristian tetapi suka mendengar azan telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@mamiyzio Aku harus sedih atau bangga ini ceritanya🥹😀 #masyaallahtabarakkallah ♬ suara asli – Mamidanzio

Akan menangis kalau ibu cuba tutup azan

Menerusi video tersebut, dipercayai ia berlaku di Indonesia apabila seorang wanita berkongsi rakaman ketika anak lelakinya sedang mendengar azan di telefon bimbit.

Namun, apabila dia cuba mengambil dan menutupnya, anaknya itu akan mula menangis dan seperti meminta untuk dimainkan semula.

Situasi itu membuatkan dia bingung kerana mereka beragama Kristian. Malah, anaknya itu akan memilih untuk mendengar azan daripada video yang lain.

Lihat video sambungan di bawah:

@mamiyzioMaaf y keterusan krn emg pada dasarnya anak ku g doyan sama yg lain kecuali suara azan berkumandang😂🥹

♬ suara asli – Mamidanzio

“Masha Allah, may Allah guide him and his family” – Warganet

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 16.5M views, 766.6K likes dan 34.8K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:

Image from @mamiyzio (TikTok)

Image from @mamiyzio (TikTok)

Image from @mamiyzio (TikTok)

Image from @mamiyzio (TikTok)

Image from @mamiyzio (TikTok)

Semoga dapat hidayah satu hari nanti dik.

BACA :

[VIDEO] Isteri cuci kereta sampai RM780, ternganga nak beritahu suami
Lelaki kongsi taktik baru “scammer” tipu kedai makan, pura-pura jadi pelanggan
Universiti antarabangsa buat kajian adakah lembu rasa sakit jika disembelih cara Islam, hasilnya mengejutkan