Ibu diperkosa jiran, remaja balas dendam dihukum penjara 13 tahun.
Pasti ramai yang sudah lupa kisah seorang remaja bernama Maulud Riyanto, remaja yang dihukum di dunia 13 tahun penjara pertahan maruah ibu diperkosa. Menang di hati masyarakat.
Tanyalah pada mana-mana anak, mereka akan sanggup mempertahankan maruah ibu bapanya dari anasir luar tatkala diancam. Apatah lagi jika ancaman itu melibatkan maruah seorang wanita, isteri dan juga ibu.
Ya maruah yang wajib dipertahankan kerana ia mendatangkan kesan mendalam dan diingati sampai bila-bila terutama melibatkan jenayah rogol. Dan kerana itulah, seorang remaja berusia 18 tahun dari seberang, Maulud Riyanto berasal dari Dusun Kisik, Desa Gempol, daerah Gempol, Pasuruan, Jawa Timur yang bertindak menikam jirannya, Yasin Fadilah yang telah merogol ibunya enam tahun lalu.
Rasa dendam itu sudah ditahannya selama enam tahun ketika dirinya di sekolah rendah lagi dan bila dirinya mencapai usia remaja, dirinya mengambil peluang untuk membalasnya kerana tidak tahan melihat penderitaan dilalui ibunya.
Tak hairanlah saat hakim menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun kerana membunuh jirannya itu, dirinya dianggap sebagai hero dan menang di hati masyarakat kerana membalas perbuatan jahat jirannya itu.
Remaja 18 tahun ini dihukum penjara 13 tahun tapi menang di mata dan hati masyarakat. Tiada anak sanggup melihat ibu derita.
Walau niatnya itu nampak baik tetapi ia tetap salah di sisi undang-undang namun seperti kata Maulud ketika dijatuhkan hukuman, dia sudah melakukan tindakan sebagai anak kerana jirannya itu telah merogol ibunya kandungnya.
Mengikut fakta kes, sekiatar jam 11 malam, Yasin yang baru selesai berborak dengan jiran tetangga menyusun langkah balik ke rumahnya. Tanpa menyedari ada sisi bahaya menanti.
Dari arah belakang, sebuah motosikal Honda Vario menyusur belakangnya dan kemudian menghunus pisau tajam dan mengenai rusuk kirinya. Darah membuak keluar dan sempat dihantar ke rumah sakit namun pendarahan itu tidak berhenti sebelum nyawanya terputus dari tubuh.
BACA :