Ibu tergamak bakar anak hidup-hidup, berang anak dedah hubungan sulitnya kepada suami

Seorang wanita tergamak membakar anak sendiri hidup-hidup selepas hubungan terlarangnya terdedah, dalam kejadian yang berlaku di Rusia.

Menurut laporan Daily Mail, akibat perbuatan tersebut, wanita berkenaan kini berdepan hukuman penjara 15 tahun.

Wanita berkenaan yang berusia 32 tahun, bertindak kejam selepas tidak berpuas hati apabila mangsa yang berusia 8 tahun telah mendedahkan hubungan sulitnya itu kepada bapa tiri mangsa, yang juga suami kepada wanita berkenaan.

BACA JUGA : Sedih dikata ‘melayan’, mangsa jari dihisap dedah cerita sebenar

Dia dituduh menyimbah petrol kepada mangsa sebelum menghidupkan api dan membakar mangsa hingga maut.

Ketika dibicarakan di mahkamah, wanita berkenaan mendakwa dia bertindak demikian hanya semata-mata untuk menghukum mangsa, namun tidak berniat untuk membunuh. Malah, dia mendakwa cuba menyelamatkan dan memadamkan api dengan menggunakan salji.

Bagaimanapun, mahkamah menolak hujah wanita tersebut setelah saksi, yang juga anak perempuannya, berusia 12 tahun berkata bapa tirinya yang sebenarnya berusaha memadamkan api itu, bukan ibunya.

BACA JUGA : [Video] Elak kereta melawan arus menyebabkan lori terbabas

Kanak-kanak itu turut mendedahkan bahawa ibunya memaksa dia melihat tindakan itu sambil menjerit ”Jom tengok macam mana patung orang-orang (scarecrow) dibakar”.

Ketika dalam perbicaraan, wanita itu turut melakonkan semula menggunakan patung bagaimana tindakan kejam itu berlaku.

Wanita berkenaan berkata, dia menyimba petrol di bahagian kepala mangsa sebelum menghidupkan mancis, tiga mancis pertama tidak berjaya, hingga mancis keempat yang hidup dan kemudian dibalingkan ke arah kepala mangsa.

BACA JUGA : Timb Menteri PAS cadang kurangkan gaji pekerja tempatan dari RM1500 kepada RM1200

Mangsa dikatakan berlari di kawasan laman rumah dalam keadaan kesakitan dengan kepalanya terbakar sebelum dilihat lemah tidak bermaya dan terjatuh.

Ketika bapa tiri mangsa berusaha untuk memadamkan api tersebut, ibu mangsa hanya menjerit ”Mari sini aku ajar kamu supaya kamu menutup mulut”.

Sumber : Siakapkeli