Ibu terjun laut bersama bayi, ini rupanya yang terjadi. Tak sanggup rentung dijilat api, seorang ibu nekad terjun ke laut bersama bayinya menggunakan pelampung untuk selamatkan diri setelah bot dinaiki mereka terbakar dalam kejadian di perairan Indonesia baru-baru ini.
Menurut laporan Kompas, Ketua Keselamatan dan Menyelamat (SAR) Kupang I, Putu Sudayana berkata mangsa telah diselamatkan oleh SAR Kupang, Nusa Tenggara Timur (NTT) daripada bot yang terbakar itu.
Selain memindahkan ibu dan bayi berkenaan, pasukan penyelamat juga berjaya memindahkan ratusan penumpang lain yang turut terjun ketika kapal KM Express Cantika 77 itu terbakar, manakala dua penumpang dilaporkan maut.
“Kami telah memindahkan bayi itu dan mereka diletakkan dalam Rigid Inflatable Boat (RIB). Terdapat 158 orang yang kami pindahkan dengan selamat, manakala dua penumpang meninggal dua,” katanya memetik Kompas.com.
Difahamkan, kapal yang membawa ratusan penumpang berserta 10 anak kapal (ABK) dengan muatan satu tan itu terbakar ketika berada di luar pesisir Pulau Timor di NTT.
Pasukan SAR Kupang bergerak ke lokasi kejadian untuk memindahkan penumpang. Putu berkata bot tersebut masih berada di perairan Timor (ketika berita dilaporkan).
“Kapal masih berada di perairan daratan Timor dan baru melepasi Pulau Kera, Daerah Kupang,” jelasnya kepada pemberita dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Ujar Putu, pihaknya akan menyampaikan data terperinci setelah semuanya telah semuanya berada dalam keadaan terkawal.
BACA:
Kerana mulut badan binasa, Kanye West dihalau Skechers
Peniaga dakwa Tiktok ‘rembat’ puluhan ribu ringgit untung meniaga