Ibu tuntut pampasan RM8.2 juta setelah anak maut dilanggar Bas Universiti

Ibu tuntut pampasan RM8.2 juta setelah anak maut dilanggar Bas Universiti. Seorang ibu menuntut pampasan sebanyak 66 juta baht (RM8.2 juta) daripada pihak Universiti Khon Kaen, Thailand selepas insiden anaknya maut dilanggar bas universiti berkenaan.

Si ibu mendakwa bahawa bayaran berkenaan adalah setimpal dengan mengambil kira pendapatan yang akan diperoleh oleh anaknya selepas menamatkan pengajian serta bekerja sebagai doktor sehingga usianya mencecah 60 tahun sekiranya mangsa tidak terlibat dalam kemalangan.

Kejadian terbabit turut dirakam oleh sebuah kamera keselamatan yang menunjukkan seorang seorang penunggang dan pembonceng motosikal dirempuh oleh bas universiti di sebuah persimpangan jalan.

Difahamkan, penumpang lelaki mengalami kecederaan parah manakala pembonceng yang merupakan seorang remaja berusia 19 tahun meninggal dunia di tempat kejadian. Kedua-dua mangsa adalah pelajar Fakulti Perubatan di Universiti terbabit.

Ibu tuntut pampasan RM8.2 juta setelah anak maut dilanggar Bas Universiti

Susulan daripada insiden tersebut, pemandu bas berusia 36 tahun itu bertindak menyerah diri dan menegaskan bahawa dia tidak menyedari kehadiran motosikal yang dinaiki oleh mangsa ketika sedang membelok.
Menurut kenyataan polis, pemandu berkenaan tidak berada dibawah pengaruh alkohol atau dadah ketika kemalangan itu berlaku. Walau bagaimanapun, lelaki terbabit berdepan dengan dakwaan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian.

Dalam pada itu, abang kepada mangsa mendedahkan bahawa kawasan kejadian berkenaan sering berlaku kemalangan, namun mendakwa pihak universiti tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang perkara terbabit daripada terus berulang. Dia turut menggesa agar pihak universiti menyiasat punca kemalangan dan menilai semula tahap pengurusan trafik di kawasan terbabit.

BACA:

Perkauman : Bukit Aman sahkan Hadi disiasat, 28 laporan polis diterima

Zizan kena tegur dengan polis sebab ini… Rupanya tak boleh buat…