Individu nekad terjun dari jambatan, diselamatkan oleh bomba

Individu nekad terjun dari jambatan, diselamatkan oleh bomba.

Kepintaran memujuk dan tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada terjun dari jambatan di Sungai Sitiawan dekat sini, dipercayai mahu membunuh diri petang tadi.

Pegawai Bomba Kanan II Johari Tomin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.08 malam yang memaklumkan ada seorang lelaki duduk di atas jambatan merintangi Sungai Sitiawan di Jalan Seri Manjung-Pantai Remis.

“Sebaik tiba, didapati seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30an dipercayai cuba untuk terjun dari jambatan itu yang dianggarkan mempunyai ketinggian 20 meter,” katanya di sini malam ini.

Menurutnya, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan kemudian berinteraksi dan memujuk mangsa yang mengambil masa kira-kira 20 minit agar dia tidak berbuat demikian.

Jelasnya, tidak lama selepas itu, anggota bertindak pantas menarik lelaki itu dengan cara memeluknya dari belakang sebelum menurunkan lelaki itu dari tembok jambatan tersebut, kemudia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi berjaya diselesaikan pada pukul 7.28 petang.

BACA JUGA:

Budak lelaki enam tahun ditemui lemas, jatuh ke dalam longkang

Anwar ucap selamat maju jaya kepada calon SPM 2022

Terung Bakar Santan yang mudah dan sedap… Boleh bertambah nasi kalua makan ni