Ingatkan kaki sembang di TikTok, sekali cicit P.Ramlee tunjuk bukti

Ingatkan kaki sembang di TikTok, sekali cicit P.Ramlee tunjuk bukti. Lelaki di Tiktok mengaku cicit P.Ramlee, ingatkan content je, sekali dia bagi bukti. Kalau sebut sahaja tentang Allahyarham P. Ramlee, sudah pasti ramai akan mula mengimbau segala hasil karyanya. Walaupun sudah lama berlalu, kebanyakan filem lakonannya masih malar hijau dan sangat relevan sehingga ke hari ini.

Pemuda expose gambar moyang, rupa-rupanya cicit P. Ramlee?

Namun baru-baru ini, kecoh apabila seorang pemuda bernama Abu Ghazi mendedahkan bahawa di adalah cicit kepada lagenda itu. Menerusi perkongsian di laman TikTok, dia pada asalnya telah disuruh untuk expose gambar moyang. Siapa sangka, lelaki tersebut rupanya benar-benar mempunyai pertalian kekeluargaan dengan pelakon tersebut.

Ingatkan kaki sembang di TikTok, sekali cicit P.Ramlee tunjuk bukti

Siap bagi bukti helaian akhbar lama, tertera pokok keluarga P. Ramlee

https://www.tiktok.com/@otomentaro11/video/7081097512857193754?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6974778065608328706

Namun, ramai pula yang tidak percaya dan menganggap ia hanyalah sekadar content. Bagi menjawab persoalan netizen, pemuda berkenaan terus memuat naik satu lagi video untuk membuktikan segalanya. Menerusi sorotan terbaharu, dia telah menunjukkan satu keratan akhbar lama mengenai salasilah keturunan seniman itu. Siapa sangka, namanya turut terpapar dalam carta tersebut di posisi bawah sekali dengan nama Abu Ghazi.

Terbaik dik…takkan pernah sekalipun lupa lagenda seniman Malaysia
Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 1.5 juta views. Netizen pada ruangan komen juga seakan-akan tidak menyangka akan pendedahan itu. Malah, ada juga yang menasihati agar lelaki ini meneruskan generasi moyangnya.

Ingatkan kaki sembang di TikTok, sekali cicit P.Ramlee tunjuk bukti

BACA:

Bank Negara kongsi cara tukar wang kertas koyak

Doktor cerita detik sedih dipaksa ‘seksa’ pesakit, puncanya kerana…

Kucing terlalu rindu tuannya, tengok rakaman terakhir sehingga peluk telefon