Ini 20 soalan untuk tanya banker sebelum tandatangan perjanjian loan rumah

Ini 20 soalan untuk tanya banker sebelum tandatangan perjanjian loan rumah.

Ok ini antara soalan yang kita perlu tanya BANKER atau ejen loan bank.

Ini 20 soalan untuk tanya banker sebelum tandatangan perjanjian loan rumah

1. Apakah jenis loan rumah saya? Apa beza term loan, flexi loan atau semi flexi loan?

2. Apakah loan rumah saya boleh bayar Principal utk jimatkan interest? Apa syaratnya? Apa procedurenya?

3. Berapakah total loan rumah saya campur kos-kos lain seperti yuran legal, valuation, insuran/takaful?

4. Berapakah total jumlah INTEREST yang saya perlu bayar? ๐Ÿ‘ˆ ini soalan wajib tanya !!

5. Adakah loan rumah saya ini loan islamik patuh syariah? Apakah AKAD dalam loan islamik?

6. Bolehkah saya request tempoh loan rumah yg lebih pendek? Apakah kesannya jika saya request tempoh loan pendek cth 15 tahun atau 20 tahun?

7. Berapa total jumlah interest yg saya perlu bayar sekiranya tempoh loan saya 35 tahun vs 25 tahun vs 15 tahun?

8. Bila saya bayar ansuran bulanan loan rumah, berapakah yg akan ditolak ke interest dan berapa pula ditolak principal?

9. Tolong tunjukkan Amortization Schedule (jadual ansuran bulanan) berdasarkan loan saya sbb sy nak monitor pergerakan interest vs principal setiap bulan dan setiap tahun.

10. Pada tahun berapakah ratio interest:principal akan capai ratio sama rata 50:50?

11. Bolehkah saya request bank kurangkan percentage interest bagi setiap bayaran ansuran bulanan loan rumah dari 70% ke 50%?

12. Insuran/takaful loan rumah saya ni sama tempoh tak dgn tempoh loan rumah saya?

13. Apa jenis-jenis insuran/takaful loan rumah yg ada? Apa pros and cons bg setiap jenis insuran/takaful ini.

14. Jika saya meninggal dunia, apa akan jadi pada baki loan rumah saya jika saya ada insuran/takaful?

15. Apa maksud lock in period? Berapa lock in period loan saya? Apakah larangan pada tempoh lock in period?

16. Loan rumah saya ni guna formula Rule of 78 atau Reducing Balance Rate? Tolong jelaskan apa perbezaan kedua-dua ini.

17. Bagaimana bank kira INTEREST loan rumah saya? Adakah dikira berdasarkan daily, monthly, annually?

18. Jika saya bayar lebih setiap bulan, apa akan jadi pada loan rumah saya?

19. Tunjukkan cara pengiraan interest dan ansurann bulanan bila OPR naik sebanyak 1%.

20. Jika tetiber saya hilang pekerjaan dan tak mampu bayar ansuran bulanan loan rumah, apa akan jadi pada rumah saya? Adakah rumah saya akan dilelong? Adakah saya akan muflis?

Soalan tambahan dari bahagian komen:-

๐Ÿ‘‰ Apakah hidden charge / penalty kalau lambat bayar ansuran bulanan loan rumah? Adakah total interest semakin menaik/bertambah bila terlambat bayar loan rumah?

๐Ÿ‘‰ BLR tu apa? BFR tu apa? Effective rate tu apa? Apa kaitan semua ini dgn OPR?

๐Ÿ‘‰ Jika saya nak buat FS full settlement (nak bayar habis loan), adakah saya akan rugi atau jimat sikit? Apakah procedure FS?

Ok sila listkan lagi soalan-soalan yg kita patut tanya BANKER BANK di bahagian komen.

#NotaLoanBank

1. Saya dulu terlalu cerdik hahaha, semua loan bank saya pakai sign jer, takder tanya soalan apa-apa pun. Senang cakap saya ni memang JAHIL ILMU LOAN BANK.

2. Saya dulu memang tiada background kewangan. Kita orang kampung jerrr, ibu dan abah tak pernah beli rumah guna loan bank. Arwah abah hanya pernah beli kereta second hand, loan bank dgn downpayment 10%.

3. Saya rasa downpayment 10% ini benda yang patut diteruskan. Hapuskan ZERO DOWNPAYMENT. Huhu..

4. Alhamdulillah dengan kehendak dan izin Allah, saya sudah zero loan, tiada loan, bebas hutang, dah bersara. Ilmu saya kongsi di sini adalah inspirasi dari perjalanan saya tutup semua loan bank pada tahun 2018-2022.

5. Saya hidupkan PAGE BEBAS HUTANG agar kalian semua lebih cerdik lebih bijak dari saya.

6. Impian saya mahu lihat generasi muda ada ILMU LOAN BANK, ilmu urus duit, urus hutang.

BACA :

Jutawan umur 12 tahun beli Range Rover berharga jutaan ringgit semasa membeli-belah di Singapura
โ€˜Pelik mak lagi sayang menantu dari aku, mak tak kisah aku hidup atau matiโ€™
Ubah suai flat macam banglo, โ€˜Gaji B40 citarasa T20โ€™