Ini 4 punca anda batuk sehingga ganggu tidur anda
Batuk merupakan simptom gangguan pada tekak seseorang menandakan gejala sampingan yang mungkin berlaku seperti, demam, lendir atau kahak, kurang minum air, atau rasa pedas menyengat.
Terutamanya, batuk yang sering dialami sesetegah orang pada waktu malam semasa terjaga dari tidur tanpa mengetahui punca sebenar.
Selsema antara punca menyebabkan badan mengeluarkan lendir berlebihan seperti di hidung dan kahak. Pun begitu, apabila berbaring lendir boleh menitis ke bahagian belakang tekak dan mencetuskan tindak balas batuk.
Bagaimanapun, batuk yang mengeluarkan lendir dikenali sebagai batuk “produktif” atau basah, manakala batuk yang tidak mengeluarkan lendir merupakan batuk “tidak produktif” atau kering sehingga mengganggu waktu tidur.
Dalam pada itu, terdapat beberapa punca penyebab batuk kategori kering boleh berlaku pada waktu malam, termasuklah;
1. Jangkitan virus
Kebanyakan batuk tidak produktif akibat jangkitan virus hingga menyebabkan selsema dalam jangka beberapa hari, malah boleh menyebabkan demam atau panas badan.
Apabila simptom selsema pada hidung berlaku, ia akan mengganggu saluran pernafasan dan biasanya mengambil sedikit masa untuk pulih.
2. Asma
Asma adalah satu keadaan yang menyebabkan saluran pernafasan membengkak dan sempit sehingga sukar untuk bernafas.
Malah, batuk disebabkan asma boleh menjadi produktif atau tidak produktif yang selalunya lebih teruk berlaku pada waktu malam dan pada awal pagi.
3. Gerd
Menurut Healthline, punca batuk kering pada waktu malam juga adalah kerana penyakit gastroesophageal reflux (GERD) iaitu sejenis tindak balas asid kronik dalam badan.
Atas dasar itu, ia berlaku apabila asid perut naik pada kawasan leher yang mencetuskan tindak balas batuk yang kering dan sering berlaku pada waktu malam.
4. Postnasal drip
Postnasal drip biasanya berlaku apabila badan mengeluarkan lebih banyak lendir daripada biasa, ia berlaku apabila anda mengalami selsema atau alahan.
Namun, apabila lendir menitik ke bahagian belakang dalam tekak, ia boleh mencetuskan refleks batuk dan menyebabkan batuk yang kering mengganggu tidur.
Berita Lain:
Masuk fasa endemik, 4 jenis kesalahan akan diberi perhatian oleh polis
Penat bawa penumpang sejauh 230KM, sekali ini je rider Gojek terima..
Pengarah terkenal Malaysia nak buat drama mengenai Altantuya, kaitkan ‘Lady Birkin’