Ini 6 perkara yang HR “sorok” tentang gaji anda, pekerja boleh dapat lebih sebenarnya!

Ini 6 perkara yang HR “sorok” tentang gaji anda, pekerja boleh dapat lebih sebenarnya!Dari menguruskan keperluan pekerja, menguruskan manfaat dan gaji sesuai, kerja sebagai seorang HR atau Sumber Manusia ni memang mempunyai kuasa yang besar dalam sesebuah syarikat. Perihal duit pula adalah perkara yang paling sensitif untuk disentuh.

Dan kalau salah caranya, perbualan korang akan jadi ‘awkward’.

Jadi di sini seorang HR kantoi kan, tentang perkara yang paling majikan sorok tentang gaji pekerjanya. Tak kiralah tentang kenaikkan gaji atau dari awal gaji ditawarkan kepada pekerja baru.

Ini 6 perkara yang HR "sorok" tentang gaji anda, pekerja boleh dapat lebih sebenarnya!

#1 Fikir dulu sebelum terima gaji yang ditawarkan

Korang tahu tak, menurut pakar HR, majikan akan sentiasa cuba ‘lock’ korang dengan bayaran yang paling rendah. Contohnya mereka akan katakan, ‘Budget kami bagi position awak hanyalah RM2K- RM2,5K sahaja’. Ramai yang sering tertipu dengan dengan trick ini sebab terlalu excited nak dapat kerja baru, padahal value korang lagi tinggi!

#2 Hati-hati dengan headhunters atau recruiters

Hati-hati bila headhunters ataupun recruiters ini sedang negotiate gaji dengan korang. Mungkin korang rasa tawaran mereka dah terbaik untuk korang, tetapi takdapat nafikan mereka tengah berusaha keras nak ‘lock’ korang untuk komisyen mereka! Lagi sekali, know your value!

#3 Buat rundingan ketika temuduga

Yang ini paling ramai tak reti iaitu nak berunding manfaat tambahan. Jika gaji yang ditawarkan hanya atas pagar, berundinglah dengan majikan untuk memberi pelbagai manfaat tambahan. Contohnya, ada elaun pengangkutan atau komunikasi tak, atau ada peruntukkan untuk kembangkan lagi karier seperti join seminar dan lain-lain.

#4 Jangan bagi orang lain berunding untuk korang

Ada kes yang bila dia tidak puas hati dengan gaji yang ditawarkan dan meminta ahli keluarga yang bantu untuk buat rundingan. Serious lah? Korang dah besar, jangan gunakan orang lain untuk runding gaji, kalau betul korang rasa layak, runding sendiri, barulah majikan nampak value korang tu, firm!

#5 Tanya mereka bila boleh saya dapatkan performance review

Selalunya bila tanya macamni, HR akan jawab selepas setahun atau tahun depan. Kalau ini jawapan nya, makin lambatlah kenaikkan gaji yang korang boleh dapat. Ubah soalan itu kepada ayat ini ‘Boleh saya dapatkan performance review dalam masa 6 bulan dari sekarang’, nampak tak? Dari tempoh setahun korang boleh jangkakan kenaikkan gaji, korang hanya perlu tunggu 6 bulan sahaja!

#6 Minta lebih dari apa yang korang nak

Nama pun berunding, orang akan cuba sedaya upaya untuk rendahkan jumlah yang korang minta. Jangan mudah nak cakap ya atau tidak. Tapi, belajarlah untuk minta lebih dari yang korang nak. Contohnya, korang nak gaji RM3K, jadi cuba minta dalam RM4K berserta dengan kalayakan yang korang ada. Majikan akan cuba rendahkan sedikit jumlah yang korang minta tu, tetapi sekurangnya, ia takkan rendah sehingga seribu ringgit!

Tips ini boleh diguna pakai untuk korang yang baru nak mohon kerja atau pun bercadang nak runding kenaikkan gaji dengan majikan!

BACA JUGA: Ustaz ini dedah salah faham rakyat Malaysia tentang poligami, ini yang betul…

Pakar jumpa 5 spesies haiwan baru pada 2021

Gelagat ibu paksa anak baru kahwin malu pegang suami sendiri curi perhatian netizen