‘Ini antara kereta yang boleh diletakkan di muzium suatu hari nanti’

Ini antara kereta yang boleh diletakkan di muzium suatu hari nanti.

Volkswagen Golf GTI Mk8.

Kereta varian prestasi tinggi jarang sekali dipasang di kilang pemasangan CKD. Jika kita tengok pada kereta varian prestasi tinggi seperti Honda Civic Type R, Yaris GR, BMW M, Renault Megane RS, termasuklah yang kurang power seperti Suzuki Swift Sport, hanya kilang tertentu sahaja yang dibenarkan untuk menjalankan proses pemasangannya.

'Ini antara kereta yang boleh diletakkan di muzium suatu hari nanti'

Kilang-kilang CKD yang bertaburan di seluruh dunia hanya dapat pasang kereta “varian biasa”, jarang sekali dapat pasang varian prestasi tinggi, kerana pemasangan kereta varian prestasi tinggi sangat pentingkan kejituan, boleh dikatakan kualiti dan kejituan pemasangan kereta prestasi tinggi lebih tinggi dari pemasangan kereta mewah.

Antara yang dititikberatkan pada pemasangan kereta prestasi tinggi adalah pada bahagian badan kereta.

Badan kereta merupakan satu benda paling penting di dalam memastikan setiap kereta varian prestasi tinggi mempunyai prestasi yang sama pada setiap unit, jadinya kereta varian prestasi tinggi biasanya mempunyai “production tolerance” yang sangat kecil.

Pemasangan badan kereta merupakan satu proses yang rumit untuk dikawal dari sudut kejituan pengukuran badan.

Contohnya pada bahagian tapak penyerap hentak dan lubang skru gandar, andaikan ukuran kedudukan kedua tempat itu mempunyai toleran yang besar, ada kemungkinan akan ada ukuran “wheel alignment” yang tidak sama pada setiap unit, maka akan menyebabkan prestasi antara setiap unit kereta prestasi tinggi tersebut ada perbezaan yang besar, contohnya mungkin menjadikan “handling” setiap unit tersebut mempunyai perbezaan yang besar, prestasi semasa memandu laju jadi tidak sama.

Oleh itu setiap kereta varian prestasi tinggi jarang sangat dipasang di kilang CKD yang bertaburan di seluruh dunia, biasanya jika syarikat kereta tersebut berasal dari Jerman, maka kilang di Jerman sahajalah yang dibenarkan pasang kereta varian prestasi tinggi, kalau syarikat Jepun, kilang di Jepun.

Namun ada juga negara lain yang dapat pasang, contohnya Civic Type R, ada beberapa generasi Type R dipasang di UK, dan Swift Sport ada dipasang di Hungary.

Namun negara lain tak dapat, contohnya India yang merupakan negara paling banyak jual kereta Suzuki, kilang kereta Suzuki di India tidak dapat pasang varian Swift Sport, Swift Sport hanya dikilangkan di Jepun dan Hungary.

Golf GTI Mk8 di dalam gambar ini pula dipasang di kilang CKD Volkswagen yang terletak di Pekan, Pahang. Masuk pasaran negara kita pada tahun 2022.

Jarang sangat kilang CKD negara lain dapat pasang varian prestasi tinggi ini. Termasuklah negara yang jual lebih banyak dari negara kita.

Yang aku tahu, hanya kilang di Jerman dan di China sahaja yang dapat pasang Golf GTI Mk8 ini, Volkswagen merupakan jenama kereta nombor 1 di China.

Jadinya kita sebagai rakyat Malaysia boleh berbanggalah dengan Golf GTI ini, dan di seberang jalan kilang CKD Volkswagen yang pasang Golf GTI ini, ada sebuah kilang CKD yang sedang pasang kereta dengan lencana AMG.

Begitu hebatnya negara kita. Walaupun negara kita bukan negara pengeluar kerata nombor 1 dunia, negara kita mampu keluarkan kereta varian prestasi tinggi yang sangat pentingkan kualiti dan kejituan pemasangan.

Spesifikasi:

  • Enjin: EA888 2.0L (1984 cc) 4-silinder DOHC 16-injap Turbo GDI (TSI).
  • Kuasa maksimum: 242 hp / 245 ps / 180 kW @ 5000 – 650p rpm.
  • Tork maksimum: 370 Nm @ 1600 – 4300 rpm.
  • Transmisi: 7-kelajuan dwi klac.
  • Pacuan: Hadapan + LSD.
  • Berat: 1385 kg.
  • Nisbah berat Depan:Belakang: 61:39.
  • 0-100 kmsj: 6.3 saat.
  • 0-160 kmsj oleh media Eropah: 12.6 – 14 saat.
  • 0-180 kmsj oleh media Eropah: lebih kurang 17 ke 18 saat.
  • 0-200 kmsj oleh media Eropah: lebih kurang 22 ke 26 saat.
  • Kelajuan maksimum: 250 kmsj (dihadkan).

BACA :

[VIDEO] Kakak Ruhainies dipatuk Ular, ‘Abang!!! Bawak dia pergi hospital tolonglah’
Anak saudara kerap datang rumah sebab nak makan ‘free’, ‘Siap minta sediakan barang’
Youtuber meninggal dunia akibat Aneurisme