Ini cara jika nak berhijrah ke luar negara, wanita ini kongsi pengalaman

Ini cara jika nak berhijrah ke luar negara, wanita ini kongsi pengalaman. Ramai yang ingin tahu bagaimana cara untuk berhijrah ke luar negara. Apa prosedur yang kena buat? Borang apa nak kena isi?

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Syuhada Ratar telah pun berkongsi pengalaman peribadinya yang telah berhijrah ke New Zealand (NZ).

Menurut beliau, perkara pertama yang perlu diambil kira sebelum berhijrah ke luar negara adalah dengan mendapat restu daripada ibu bapa terlebih dahulu kerana insyaAllah segala urusan korang akan dipermudah.

Antara visa yang paling mudah untuk lulus ialah Working Holiday Visa (WHV). Visa ini ada had umur, jadi bagi orang muda dan baru bermula nak berhijrah, visa ini paling sesuai untuk cuba hidup di negara asing.

Beliau juga menekankan Kos untuk visa ini adalah NZD $280, had umur mestilah diantara 18 hingga 30 tahun. Kiraan umur bukan ikut tahun tapi ikut tarikh lahir.

Ini cara jika nak berhijrah ke luar negara, wanita ini kongsi pengalaman

Bagi individu yang berumur lebih 30 tahun dan ingin cuba untuk bekerja di NZ, boleh mohon dari Malaysia dan visa ini wajib granted dulu baru boleh masuk NZ. Nama visa ini ialah Recognised Seasonal Employer Limited Visa.

Syarat utama mestilah berumur 18 tahun ke atas.

Apa yang korang boleh buat dengan visa ini? Boleh kerja dan belajar tetapi selama pegang visa ini korang tidak boleh mohon kerja tetap.

BACA:

Menitis air mata guru tengok anak murid ini, jalan pun seret kaki sambil pegang seluar

Aset Malaysia seluruh dunia kini terancam – Peguam

Pelabur asing lari, 6 minggu berturut trend jual saham di Bursa Malaysia