Ini nasihat padu Lufya kepada Puteri Sarah

Ini nasihat padu Lufya kepada Puteri Sarah. Pelakon Lufya Omar sebelum ini pernah menasihati rakan artis, Puteri Sarah Liyana untuk mempertahankan rumah tangga berhubung kehadiran orang ketiga sehingga mengalami bergolakan. Bagaimanapun, pelakon berusia 37 tahun itu kini berharap Puteri Sarah mampu membuat keputusan terbaik untuk kebahagiaan diri sendiri sebelum memikirkan tentang orang lain.

Lufya menitipkan pesanan tersebut menerusi ruangan komen sebuah hantaran dimuat naik oleh isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof itu di laman Instagram baru-baru ini.

“Dulu aku suruh kau bertahan kan, sekarang aku rasa.. kau dah kena buat keputusan untuk kebahagiaan diri kau sendiri dulu baru fikirkan yang lain,” tulis Lufya.

Ini nasihat padu Lufya kepada Puteri Sarah

Pelakon drama Bila Hati Telah Hitam itu berkata, Puteri Sarah selayaknya menjalani kebahagiaan dengan individu yang lebih tahu menghargai dan bukannya terus merana berdepan hubungan penuh konflik.

“Dulu aku suruh kau bertahan kan…”

“Sampai bila nak merana kan. Awak berhak bahagia dengan seseorang yang boleh menghargai,” katanya lagi.

Malah, rata-rata pengikut lain turut bersetuju dengan kenyataan Lufya bahawa Puteri Sarah perlu ‘move on’ untuk mencari kebahagiaan bersama anak-anak dan bukan menyakiti hati sendiri yang berpunca daripada orang lain.

Setuju! Moga ada jalan terbaik

‘Move on’ dari sakit hati

Terdahulu, Puteri Sarah menghasilkan video seolah-olah parodi memaparkan dirinya meletakkan syarat untuk suami yang mahu berkahwin lagi dengan menggunakan audio di aplikasi TikTok.

BACA:

Nekad ! Setelah hilang segalanya, kerja tak ada, duit tak ada, kawan-kawan pun hilang

Jenama nasi lemak pun kena ‘cetak rompak’

Ini cara DIY baiki pintu plywood, murah je kosnya