Ini rupanya cara daftar Haji Online, tak perlu beratur panjang pun

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Ini rupanya cara daftar Haji Online, tak perlu beratur panjang pun tabung haji raya haji 2021 hari raya haji 2021tabung haji online takbir raya haji hari raya haji sate kajang haji samuri tarikh raya haji 2021 dividen tabung haji 2020 raya haji [/bg_collapse]

Sudahkah anda daftar Haji? Kini anda boleh membuat pendaftaran secara online saja melalui THiJARI.

Tahukah anda, membuka akaun di Tabung Haji tidak bererti telah mendaftar Haji ya!

Jadi bagi anda yang belum mendaftar Haji, pastikan anda dah daftar supaya taklah lama sangat nak tunggu giliran nanti.

Di sini kami kongsikan bagaimana cara daftar Haji secara online melalui THiJARI atau secara manual di kaunter Tabung Haji (TH).

Ini rupanya cara daftar Haji Online, tak perlu beratur panjang pun tabung haji raya haji 2021 hari raya haji 2021tabung haji online takbir raya haji hari raya haji sate kajang haji samuri tarikh raya haji 2021 dividen tabung haji 2020 raya haji
Konsep Daftar Haji TH
TH telah memperkenalkan sistem pendaftaran haji terbuka berdasarkan konsep “Mendaftar Dahulu, Didahulukan” sejak dari tahun 1995.

Oleh itu, pendeposit TH yang mendaftar haji akan diperuntukkan tahun untuk menunaikan ibadah haji berdasarkan tarikh dan masa pendaftaran haji dibuat.

Ini bermakna, semua Pendeposit TH yang telah membuat pendaftaran haji layak dipilih untuk menunaikan haji apabila tiba giliran tahun peruntukan bagi menunaikan haji.

Hanya Join Telegram eCentral & Anda Layak Terima RM150 Kredit eTunai. Tebus Sekarang!

daftar haji online
Syarat Daftar Haji
Bagi melayakkan pendeposit mendaftar haji, mereka perlu:

Mempunyai baki minimum dalam akaun TH sebanyak RM1,300.00.

Ini rupanya cara daftar Haji Online, tak perlu beratur panjang pun tabung haji raya haji 2021 hari raya haji 2021tabung haji online takbir raya haji hari raya haji sate kajang haji samuri tarikh raya haji 2021 dividen tabung haji 2020 raya haji

Ini rupanya cara daftar Haji Online, tak perlu beratur panjang pun tabung haji raya haji 2021 hari raya haji 2021tabung haji online takbir raya haji hari raya haji sate kajang haji samuri tarikh raya haji 2021 dividen tabung haji 2020 raya haji
Tidak pernah menunaikan fardhu haji.
Membawa dokumen pengenalan diri (MyKad) dan Sijil Kelahiran bagi yang berumur 12 tahun ke bawah semasa melakukan pendaftaran haji di kaunter-kaunter TH.
Cara Daftar Haji Online Melalui THiJARI
Pendaftaran haji kini boleh dibuat secara online melalui THiJARI.

Ikuti langkah berikut untuk daftar Haji online:

  1. Login ke akaun THiJARI
  2. Pergi ke menu Perkhidmatan Haji (rujuk gambar di bawah)
  3. Klik Pendaftaran Haji
  4. Klik ikon Tambah Pemohon
  5. Isikan butiran anda dalam ruang yang disediakan dengan lengkap.
  6. Buat pengesahan maklumat yang didaftarkan.
  7. Anda akan mendapat notifikasi sekiranya pendaftaran berjaya.
  8. Tahun diperuntukkan untuk pergi menunaikan Haji akan dimaklumkan.

NOTA: Anda boleh membuat semakan status Haji atau membuat rayuan Haji setelah mendaftar Haji.

Ini rupanya cara daftar Haji Online, tak perlu beratur panjang pun tabung haji raya haji 2021 hari raya haji 2021tabung haji online takbir raya haji hari raya haji sate kajang haji samuri tarikh raya haji 2021 dividen tabung haji 2020 raya haji

Cara Buka Akaun & Daftar Haji Untuk Anak
Cara nak buka akaun Tabung Haji untuk anak mudah saja.

Yang penting ibu ayah perlu ada akaun THiJARI.

Jika belum ada akaun THiJARI (Tabung Haji Online), boleh aktifkan dulu ikut cara di sini: THiJARI: Login, Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online

Langkahnya seperti berikut:

  1. Login akaun THiJARI
  2. Pergi ke menu Pembukaan Akaun Kanak-kanak.
  3. Isi semua maklumat anak-anak.
  4. Selepas selesai mendaftar, pergi aktifkan akaun anak di kaunter Tabung Haji dalam masa 30 hari.
  5. Sila bawa dokumen berikut:
  6. 1 salinan dan original surat beranak anak
  7. 1 salinan dan original IC ibu / ayah
  8. Wang untuk daftar Haji RM1300.00
  9. Sila rujuk video ini untuk pembukaan akaun Tabung Haji untuk kanak-kanak

NOTA: Pendaftaran Haji Kanak-kanak secara online hanya boleh dilakukan melalui THiJARI jika ibu bapa masih belum mendaftar Haji.

Selain melalui THiJARI, pendaftaran haji boleh dilakukan di :

Kaunter TH dan Kaunter Mudah Alih TH
Rakan Strategik TH
Hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603-6207 1919

Baca juga: Cara Update / Tukar No Telefon Tabung Haji (THiJARI)

Kos Haji
Kos haji merujuk kepada kos-kos langsung pengendalian aktiviti-aktiviti asas jemaah haji yang perlu dikendali dan dibayar oleh TH bagi sesuatu tahun.

Kos langsung Jemaah Muassasah terdiri daripada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Mekah dan Madinah, kos makan minum dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi, manakala kos langsung jemaah PJH / THTS tidak termasuk kos penginapan dan kos makan minum yang dikendali sendiri oleh PJH / THTS.

Bayaran haji merujuk kepada sejumlah wang yang ditetapkan sebagai bayaran seorang jemaah haji kepada TH untuk membolehkannya menunaikan haji bagi sesuatu tahun.

Sebagai panduan, Bayaran Haji bagi tahun semasa adalah seperti berikut:

Kategori (Muassasah) Kos Haji Tanggungan Kos TH Bayaran Haji
Warganegara kali pertama menunaikan haji RM 22,900 RM 12,920 RM 9,980
Warganegara telah tunai haji RM 22,900 Tiada RM 22,900
TH masih terus menanggung kos haji tidak langsung bagi Jemaah Haji Malaysia secara percuma seperti:

  1. Penerbitan buku dan risalah panduan haji,
  2. Kursus-kursus haji,
  3. Petugas haji kebajikan dan perubatan,
  4. Kos berkaitan operasi haji di tanah air;
  5. Perkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk Jemaah Haji Malaysia; dan
  6. Ubat-ubatan.
  7. Bakal haji yang telah terpilih pada tahun semasa adalah layak membuat pengeluaran wang di KWSP.

Jumlah pengeluaran adalah berdasarkan baki simpanan dalam Akaun TH bagi tujuan mencukupkan Bayaran Haji (Muassasah).

Had maksima pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP adalah sebanyak RM3,000 sahaja dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

Ahli KWSP
Mengemukakan surat tawaran haji ke pejabat KWSP
Mengemukakan Penyata Simpanan TH ke pejabat KWSP
Berumur kurang 55 tahun
Rayuan Haji Online (THiJARI)
Bagi yang telah berdaftar, anda boleh membuat rayuan Haji secara online setiap tahun berdasarkan tarikh rayuan yang ditetapkan.

Login ke akaun THiJARI

  1. Klik Perkhidmatan Haji
  2. Klik Rayuan Haji
  3. Klik Rayuan Permohonan Haji
  4. Baca Garis Panduan
  5. Klik ‘Saya Faham’
  6. Sila Pilih Kategori Rayuan Haji
  7. Masukkan No Akaun & No Kad Pengenalan
  8. Klik Berikutnya
  9. Klik Ya / Tidak (Perakuan Istito’ah)
  10. Klik ‘Hantar’
  11. Muat Turun Surat Akuan
  12. Rujuk video di bawah untuk tutorial membuat rayuan Haji.
daftar haji online
Pendaftaran Melalui KWSP
Bagi pendeposit Tabung Haji yang masih belum cukup simpanan RM1300 dalam akaun, jangan risau sebab anda juga boleh mendaftar Haji menggunakan duit KWSP.

Melalui skim pendaftaran haji ahli KWSP, Pendeposit TH hanya perlu mengemukakan kad pengenalan dan penyata ahli KWSP semasa membuat pendaftaran haji.
Ahli KWSP yang telah mendaftar haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada skim pendaftaran haji KWSP dengan mengemukakan kad pengenalan dan penyata ahli KWSP mereka. Tahun pilihan/peruntukan haji mereka yang asal akan dikekalkan.
Ahli KWSP yang layak menyertai Skim Pendaftaran Haji KWSP adalah seperti berikut:-
Warganegara Malaysia

Ini rupanya cara daftar Haji Online, tak perlu beratur panjang pun tabung haji raya haji 2021 hari raya haji 2021tabung haji online takbir raya haji hari raya haji sate kajang haji samuri tarikh raya haji 2021 dividen tabung haji 2020 raya haji
Beragama Islam
Mempunyai simpanan KWSP sekurang-kurang RM1,300.00
Berumur 14 hingga 55 tahun sahaja

Untuk maklumat lanjut berkenaan pendaftaran haji melalui caruman KWSP, Pendeposit TH boleh merujuk ke laman sesawang rasmi KWSP.

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang pendaftaran Haji, sila rujuk laman web Tabung Haji di pautan berikut: https://www.tabunghaji.gov.my/index.php/ms/haji/maklumat-am/pendaftaran-haji-off

ATAU

Hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) talian +603 – 6207 1919. Faks : +603 – 7728 4959. E-mail : [email protected]

BACA JUGA: Gadis “Offshore” kongsi tandas sebenar di pelantar, “Sanggup ke tak?”

Pemuda ini dedah rahsia orang bela kucing, boleh halau “roh jahat”

Ini rupanya 10 punca rakyat Malaysia rela membujang