Ini senarai penuh Bantuan tahun 2023 yang diumum PM

Ini senarai penuh Bantuan tahun 2023 yang diumum PM. Bantuan kerajaan. Dalam usaha kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada diperingkat persekutuan mahupun negeri.

Salah satunya adalah melalui pembentangan RUU Kumpulan Wang Disatukan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membenarkan perbelanjaan dikeluarkan untuk khidmat kerajaan bagi sebahagian 2023.

Melalui RUU ini, peruntukan khas lebih RM107 Bilion telah diluluskan bagi mengumumkan beberapa bantuan yang akan dilaksanakan pada awal tahun 2023. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tersebut.

Ini senarai penuh Bantuan tahun 2023 yang diumum PM

Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1

BTR Fasa 1 akan dipercepatkan pada bulan Januari 2023 dengan pembayaran sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023

Jumlah BMT akan ditambah sebanyak RM200 bagi pekebun kecil

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023

Bantuan Awal Persekolahan akan diberikan kepada semua murid tanpa kira had pendapatan ibu bapa dengan bayaran sebanyak RM150 seorang.

Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas

Penjawat awam Gred 11 sehingga 56 akan menerima kenaikan gaji RM100

Bantuan Khas Kewangan (Bantuan Kerajaan)

Bantuan khas kewangan diberikan kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah dengan bayaran sebanyak RM700. Manakala untuk pesara kerajaan akan menerima RM350

BACA:

Neelofa dah tak ada job agaknya, asyik buat Live di media sosial?

Kena gelak kerana profesyen jual kayu api, tapi income buat ramai terbeliak mata

Kes gangguan seksual libatkan Ebit Lew, PU Azman… Ini nasihat padu Safiey Illias