Isteri luah perasaan setelah tular video geng ‘ride’ peluk perempuan

Isteri luah perasaan setelah tular video geng ‘ride’ peluk perempuan. Baru-baru ini, netizen meluahkan geram rentetan penularan video sebuah kedai air buah yang dikatakan berlokasi di Terengganu. Dalam rakaman terbabit, terlihat aksi beberapa orang lelaki terdiri daripada geng rider yang mengambil kesempatan merangkul mesra badan pemilik kedai.

Lebih meresahkan, sebenarnya ini bukanlah kali pertama wanita berstatus janda itu viral menggunakan taktik kurang manis bagi melariskan jualan.

Isteri Tak Izin Pergi Ride Ke Terengganu, Cara Lelaki Ini Berfikir Raih Pujian

Abang takyah la pergi ‘Ganu’ tu…Bukan nak tengok RXZ member, saja nak tengok ‘air buah’ tu kan?

Kerana nila setitik, habis susu sebelanga. Mungkin itulah peribahasa yang sesuai menggambarkan impak negatif isu tersebut. Ramai isteri rider yang mula kurang percaya kerana risau suami mereka akan melencong ke sana untuk ‘mencuci mata’.

Hal sama sempat dilalui oleh seorang lelaki dengan akaun FB Acat Domino ini di mana orang rumahnya seakan berat hati memberi izin pergi ke sebuah acara permotoran di Terengganu.

Saya perlu restu isteri bang…Lama-lama saya kaji, jawapannya mudah je…Ini yang dinamakan sayang

Isteri luah perasaan setelah tular video geng 'ride' peluk perempuan

Cuba menyakinkan semula bahawa dia tidak akan bersikap seperti lelaki-lelaki di dalam video yang tular, bagaimanapun komen daripada seorang netizen lain di hantarannya telah menarik perhatian.

Jika diikutkan, seorang suami memang berkuasa membuat keputusan sendiri tanpa bertanya pendapat pasangan mereka. Namun bagi saudara Acat sendiri, dia percaya kepada konsep ‘restu seorang isteri’ lebih-lebih lagi sebelum melakukan aktiviti luar.

 

Bila seorang suami sentiasa letak isteri sebagai keutamaan teratas, Allah janji rahmat akan diberi…Restu tu sangat penting

Membaca pendapat dan pemikiran yang ditunjukkan oleh Suadara Acat, ramai netizen memberikan pujian kepada sikap timbang rasanya kepada isteri. Bukanlah bermakna ‘takut bini’, namun jika dilihat semula tidak ramai suami yang mempunyai toleransi sebegitu.

Tndakan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri.
Tular baru-baru ini sebuah rakaman menunjukkan dua lelaki memeluk bahu dan pinggang seorang wanita di sebuah kedai makan di Setiu, Terengganu. Terkini Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menyatakan akan menjalankan siasatan berhubung video yang tidak bermoral itu.

Memang dalam pemantauan

Pesuruhjaya JHEAT M Rozi Bidin berkata, pihaknya akan melihat tindakan yang boleh diambil mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Premis (kedai makan) ini memang dalam pemantauan kita sebelum ia tular lagi dan dakwaan mengatakan JHEAT tak beri perhatian… itu tak betul sebab premis ini sedang dalam pemantauan.

Kita tak akan biarkan benda-benda atau perkara yang tidak baik, perlakuan tak senonoh dan kita akan tengok mengikut bidang kuasa yang ada.

Tiada kompromi dalam hal sebegini kerana ia bukan hanya mencemarkan agama Islam itu sendiri tetapi bertujuan membendung gejala atau kelakuan tidak bermoral dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu, tular di media sosial apabila sekumpulan lelaki yang bertindak dengan ‘selamba’ memeluk mesra pelayan wanita di sebuah kedai makan.

Tindakan itu telah mengundang kecaman orang ramai kerana mereka dilihatkan tanpa rasa malu memeluk pelayan itu di bahagian pinggang dan juga bahu walaupun disaksikan oleh pelanggan lain.

BACA: 

Tular video Syamsul dan Kazar di kedai emas, ini respon Puteri Sarah

Gara-gara tak dapat ilham, Ahmad Nawab pulangkan bayaran RM22,000