Isteri mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina dedah ada sesuatu terjadi sebelum kejadian

ISTERI kepada salah seorang mnga nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina, Shah Alam reda dengan ujian yang menimpa keluarganya.

Akui mash sukar untuk mempercayai khabar duka itu, Suzana Paiman, 38, berkata dia dimaklumkan tentang inside berkenaan menerusi panggilan telefon.

Untuk rekod Suzana adalah isteri kepada Allahyarham Muhammad Taufiq Mohd Zaki, 38, yang merupakan pegawai khas kepada Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua Umno Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun yang turut terkorban dalam nahas sama.

Isteri mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina dedah ada sesuatu terjadi sebelum kejadian

Bercakap kepada Star, Suzana berkata dia masih berada di rumah memandangkan dua daripada empat anaknya berada dalam keadaan tidak sihat selepas dijangkiti influenza.

“Sekarang saya kat rumah lagi. Anak-anak tengah sakit, saya tak pegang telefon sejak dua, tiga hari ini. Dua anak saya dijangkiti influenza. Saya pun tak sihat. Suami pula ke Langkawi sejak Rabu petang.

“Suami pergi Langkawi untuk meeting kerajaan negeri. Saya memang tahu suami naik jet peribadi. Tadi salah seorang kawan rapat saya hubungi, tanya tentang kejadian it. Masa tu saya cuba tenangkan diri… fikir mungkin bukan mereka kot.

“Kemudian sekitar pukul 5. 15 petang, wakil pejabat Datuk Seri (Johari) hubungi saya. Jadi saya tanya, ada berita baik ke? Malangnya mereka kata semua tak baik. Di situ saya fahamlah. Mereka kata semua penumpang tak selamat, ujarnya ketika dihubungi.

Menurut Suzana yang mendirikan rumah tangga dengan Taufiq pada tahun 2011, kali terakhir dia berhubung dengan suaminya pada Rabu malam.

Katanya lagi, suaminya juga tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik memandangkan dia jarang berada di rumah kerana sibuk dengan urusan kerja.

“Sebenarnya dia 50-50 (berbolak-balik) untuk pergi ke sana sebab anak tak sihat. Tapi Datuk Seri memerlukan dia. Kali terakhir berhubung malam tadi (Rabu). Selepas dia dah habis mesyuarat, dia call, tanya anak-anak macam mana. Panggilan itu dalam pukul 10 malam.

“Saya sendiri masih terkejut dan tak sangka. Dia tidak menunjukkan apa-apa yang pelik. Semuanya normal macam biasa. Dia jarang ada di rumah. Dalam seminggu, sehari atau dua hari saja dia ada.

Saya tak nampak apa- apa perubahan,” ujarnya yang menetap di Bukit Indah, Ampang.

BACA :

‘Dia nak jual rumah yang dia sewa, memang wujud ye manusia-manusia bersifat Isr@el ni’
‘Aku jadi nak marah bila isteri nak bermanja, aku suami tapi aku juga ‘isteri’
Gara-gara pernah beri layanan buruk pada arwah suami ketika sakit, ibu mentua didakwa terima kifarah