‘Isu duit 5 sen di Speedmart, mungkin nilainya nampak kecil tapi ramai ambil remeh’

‘Isu duit 5 sen di Speedmart, mungkin nilainya nampak kecil tapi ramai ambil remeh’.

Assalamualaikum warga Pasir Gudang.

14 Ogos 2023

Baru balik dari 99 speedmart tadi cawangan jalan tembikai 4..sebelum2 ni pun rajin juga ke speedmart dekat area kota masai ni..selain isu plastik (yg sebelum ni pernah viral) , ada 1 lagi isu yg menarik perhatian saya banyak kali setiap kali ke speedmart.

'Isu duit 5 sen di Speedmart, mungkin nilainya nampak kecil tapi ramai ambil remeh'

Pulangan baki kepada setiap pelanggan tak cukup 5 sen.

Berlaku pada saya juga banyak kali sebelum ni, kedai lain2 tempat, tapi kali ni tertarik pula saya nak bertanya kepada cashier lelaki yg pakai cermin mata, kurus kering, rambut sedikit ala2 botak, dan agak fotogenik rupa beliau..

Sebab masa beratur, saya nampak setiap customer tak diberikan baki 5 sen tu (sebab saya nampak amount, dan nampak baki yg dipulangkan) tapi tak nampak pula cashier tu minta maaf kat customer.

Takpelah…saya pun cuba tanya politely bila sampai turn saya tak cukup baki 5 sen ni.

“Dik..kenapa setiap customer tak dpt baki 5 sen ni dik? Saya tengok dari tadi dn sebelum2 ni pengalaman saya dtg sini, memang tak pernah dpt baki cukup 5 sen tu.”

Jawapan dia sambil tersengih dan sedikit “menganjing” ;

“Dah takde duit 5 sen nak buat macam mana??”

Sambil menyengeh macam kerang busuk!!

What a response!!! Ok yg ni saya suka layan…saya pun tanya lagi.. “Dah lah takde plastik, setiap customer tak dipulangkan cukup baki 5 sen, berapa untung dlm sebulan?” Saje lah saya tanya mcm tu…jawapannya ;

“Kadang2 customer bayar lebih !!” Sambil menyengih mcm kerang busuk lagi..bab ni saya faham yg ada customer yg maybe tak nak amek baki yg sen2 tu…ok no problem..

Dan percayalah…muka dia masa jawab tu..dan tone suara dia mmg biadap woooo…ni kalau kat luar ni, dia bebual mcm tu dgn aku confirm makan pelempang!! Budak…ooo budak…

So…soalan saya lagi;

“Kalau pihak speedmart tak dpt sediakan cukup baki, kenapa setiap customer nak kene tanggung? Sorang customer mungkin lah tak rasa..berapa ramai dlm sehari pihak speedmart tak pulangkan baki pelanggan sebanyak 5 sen tu? Dalam seminggu? Dalam sebulan?? Dah lah kedekut plastik.”

Jawapan beliau…. “Entah..saya tak tahu, dah mmg takde 5 sen nak buat macam mana?!!” Sambil mengerang busuk lagi , sambil angkat kedua-dua bahu dan tone yg menganjing.

Tak lama lepas tu dengar suara perempuan dari belakang, entah cashier ke entah supervisor;

“Kenapa tu? Nak duit 5 sen ke? Haa kejap nk gi amek…” Nk gi amek tukar dlm office lah tu agaknya..

Ade rupanya duit 5sen!!!

Tapi malas saya nak layan..saya blah sambil memeluk brg2 yg saya beli tadi…makan lah 5 sen aku tu berkali2 sebelum ni dan tak akan dihalalkan. So entah taktahu berkat ke tak gaji tu…

Just WOWWW!!! Budi bahasa budak2 kerja kat speedmart ni..entah lah…nasib baik lah korang tgh keje dan aku pun nak cepat.

Management, TOLONGLAH ajar budak2 kerja kau ni hormat org…tu kalau aku on camera phone agaknya, baru lah sopan santun lenggang liukkk nada suara beliau agaknya..

Kepada yg dah sampai perenggan paling bawah ni. Tahniah!! Membaca amalan mulia!!

Sama2 lah kita semua bersedekah kepada 99 speedmart.

BACA :

‘Setahun aku tak disentuh, aku terjebak perkara terlarang. Aku dipukul selepas suami dapat tahu’
Kisah pesakit disihir rakan sekerja, ‘Beringatlah kita “ain” jahat dari hati yang hasad ni’
Ramai tak tahu cara masak sambal tumis untuk telur, sotong & udang berbeza petua