Isu masalah air, balak didedah Husam tidak akan gugat Pas

Isu masalah air, balak didedah Husam tidak akan gugat Pas. Pas Kelantan tidak tergugat dengan pelbagai pendedahan termasuk isu masalah air dan pembalakan yang lantang disuarakan Pengerusi Sekretariat Save Kelantan, Datuk Husam Musa, mutakhir ini.

Ketua Penerangan Pas Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, bekas Exco Kanan negeri itu dianggap tidak mempunyai pendirian tetap apabila berterusan dikatakan ‘menyerang’ kerajaan negeri ketika sudah tidak lagi berada di dalam pentadbiran negeri itu.

Katanya, pendedahan dilakukan Husam yang juga Ketua Amanah Kota Bharu didakwa lebih terarah kepada tuduhan terhadap pentadbiran kerajaan negeri itu.

“Kita tidak ada masalah, yang tidak mampu bertahan dalam pilihan raya itu dia. Kita mampu bertahan, sebab itu kita menang dan dia tidak mampu untuk mempertahankan kerusi, sebab itu dia kalah.

“Sesiapa pun boleh berkata macam-macam kepada kerajaan, tuduh apa-apa kerana tuduh tidak perlu kepada fakta, tetapi jawapan kena perlu disertakan fakta,” katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian Klinik, Hospital dan Farmasi Patuh Syariah di Hotel Perdana, di sini, pada Isnin.

Isu masalah air, balak didedah Husam tidak akan gugat Pas

Turut hadir, Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad.

Beliau yang juga Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan berkata, sejarah membuktikan sepanjang pemerintahan Pas di Kelantan, tiada seorang pun wakil rakyat parti itu yang didakwa di mahkamah berkait kesalahan rasuah.

“Ini sejarah yang tak boleh dinafikan oleh sesiapa. Sesiapa pun boleh fitnah tapi terbukti tidak ada seorang pun wakil rakyat Pas yang didakwa di mahkamah melibatkan kes rasuah.

BACA:

Berhabis RM3,000 ‘modified’ kereta untuk kemudahan ayah, lelaki ini terima pujian

Yoe Parey ambil keputusan tutup gerai, ini sebenarnya yang berlaku

Pakai tanjak tengok Mat Kilau, trend yang menyusahkan orang lain, ini sebabnya