Jaga adik saya jika ingin kahwin dengan saya, kini mereka bestfriend

Jaga adik saya jika ingin kahwin dengan saya, kini mereka bestfriend. Masa saya ajak dia kahwin dulu, saya dah bagitahu siap-siap dah…. “Awak kena get ready tolong jaga adik saya tau”.

Alhamdulillah dia setuju. Sekarang, siap jadi bestfriend adik saya lagi. Bila kita ada adik-beradik special needs, sebenarnya secara automatik dunia kita tak sama macam orang lain.

Saya ingat lagi, masa kecil. Kalau nak ajak babah mama pergi jalan-jalan, kami kena consider. Tempat yang nak pergi tu, wheelchair friendly atau tak.

Selalu je, kalau pergi tempat tak wheelchair friendly, kami akan rasa kurang seronok. Biasanya, mama lah yang berkorban.

Tunggu dalam kereta atau kat bilik sebab babah nak bawa kami adik-beradik jalan kat tempat yang tak boleh bawa kakngah (kakngah ni si manis dalam wheelchair tu).

Jaga adik saya jika ingin kahwin dengan saya, kini mereka bestfriend

Dan kami yang pergi berjalan dengan babah ni, akan rasa nak cepat-cepat balik. Kesian kat mama dengan kakngah yang kena tinggal.

Sampailah kami dah besar-besar ni, memang kalau plan nak ke mana-mana, kami akan pastikan tempat tu selesa untuk kakngah, dan dekat dengan hospital.

Just in case apa-apa berlaku. Sebab kakngah ni ada epilepsy. Kalau sawan dia nak datang, dia datang je tak kira mana.

Tapi, sebenarnya…

Kakngah lah yang banyak bawa rezeki untuk kami adik-beradik.

Sebab kakngah, saya berhati-hati pilih calon suami. Sebab saya nak lelaki yang sanggup angkat pikul kakngah masa kakngah wangi atau masam.

Sebab kakngah, saya berulang-kali remind calon suami. Dia perlu izinkan saya jika saya perlu bermalam di hospital untuk teman kakngah bila-bila perlu.

Sebab kakngah, saya kenal occupational therapy. Maka, saya adalah siapa saya sekarang dari segi profession. Membina career dan syarikat bersama team GymCademy yang power.

Sebab kakngah, adik-beradik saya sangat rapat. Serius. Dan sebab kami sangat rapat, bila abang ipar masuk pun, boleh sama rapatnya. Siap orang ingat diorang adik incik Bos, dan bukan adik saya.

Hmm.. Setiap yang kelihatan seperti ujian Allah turunkan.

Kadang, kita tak perasan.

Sebenarnya adalah rahmat.

Sebenarnya adalah anugerah.

Sebenarnya adalah kasih-sayang.

Sebenarnya adalah cinta.

Sebenarnya adalah penguat keluarga.

Yang Allah mahu beri pada kita kan?

Macam mana kita melihatnya sebenarnya yang akan menentukan bahagia kita.

Sayang kalau kita sia-siakan.

Terima kasih Allah.

Sebab hadiahkan kakngah untuk kami.

SUMBER : https://www.facebook.com/siti.a.rozalli?fref=nf

BACA:

Kilang kicap terkenal kantoi waktu serbuan, najis tikus jadi perisa tambahan

Ini rupanya fungsi butang ‘soak’ pada mesin basuh

52 jenis smartphone ini tidak dapat akses ke whatsapp