Jam tangan saja boleh beli kereta sebiji! Jep dipuji sebab tak “showoff”

Jam tangan saja boleh beli kereta sebiji! Jep dipuji sebab tak “showoff”. Sejak akhir-akhir ini, nama pelawak Jep Sepahtu menjadi bualan ramai selepas adegan disuap pelakon Erra Fazira ketika persembahan jelajah Sepahtu Reunion Live Tour 2022.

Jam Rolex

Terbaharu, Jep sekali lagi mencuri perhatian selepas tular koleksi jam tangan milik selebriti itu.

Menerusi foto yang dikongsikan di Instagram @beastlab_, penyampai radio berumur 37 tahun itu dilihat menggayakan jam tangan daripada jenama Rolex.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan di laman sosial tersebut, jam tangan mewah itu dianggarkan berharga RM89,000.

Jam tangan saja boleh beli kereta sebiji! Jep dipuji sebab tak “showoff”

Padan dengan gaji

Menjengah di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji dengan sikap rendah diri pemilik nama Muhd Nadzri Zainal Abidin yang tidak pernah menayang kemewahan kepada umum.

Selain itu, ada juga segelintir yang ‘memetik’ kereta Bently yang dimiliki bapa kepada anak ketiga dan menurut netizen harganya bernilai lebih RM500,000.

Untuk rekod, Jep mendirikan rumah tangga bersama aktres Sari Yanti pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 4, Muhammad Khidir, 2, dan Abu Bakr, 1.

Sari juga mempunyai dua lagi cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Mohd. Eddy Casmady Che Hussien iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.

BACA:

”Macam tak ada apa”, lelaki ini membuat perkara terkutuk dalam majlis agama

5 tips ini boleh hilangkan toksik dalam mi segera. Number 3 kene buat betul betul

Bina sekolah untuk golongan kurang berkemampuan, Cinta Laura puas hati