“Jangan pegang”, gelagat penjual ini tular

“Jangan pegang”, gelagat penjual ini tular. Rakaman video memaparkan seorang peniaga wanita yang menegur pelanggan di gerainya mengundang perhatian netizen sejak Khamis pagi.

Dalam video itu, peniaga berkenaan menegur seorang pelanggan wanita, dipercayai kerana memegang makanan yang dijual di gerai miliknya.

“Jangan pegang, jangan pegang. Sebab kita meniaga ni makanan kak. Ha akak elok-elok sikit perangai na,” ujar peniaga itu dalam nada sinis sambil membungkus makanan.

"Jangan pegang", gelagat penjual ini tular

Kemudian, kedengaran suara seorang pelanggan wanita, menegur semula peniaga itu kerana nada yang dituturkannya agak kurang sopan.

“Tegur tak payah la cakap elok-elok perangai. Saya tahu la saya salah, tapi…” ujar pelanggan itu.

Video tersebut berakhir di situ kerana peniaga berkenaan menamatkan siaran langsung (live) sejurus ditegur semua pelanggannya.

VIDEO

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

BACA:

Bantuan RM700 automatik mula dikreditkan hari ini

Nilai Ringgit catat peningkatan berbanding Dollar

Jiran berbeza kaum dan agama, tapi layanan terbaik di dunia