Jangan sakat orang tengah pegang benda tajam, nasihat Wafariena disokong ramai. Wafariena mendedahkan beliau berdepan masalah dengan orang yang suka mengusik orang yang dan melatah yang sama sejak usianya 18 tahun.
Wafariena juga memberi nasihat kepada semua individu agar berhati-hati apabila bergurau dengan individu yang mempunyai tabiat melatah sepertinya, kerana mereka boleh melakukan apa sahaja di luar kawalan.
Memetik luahan beliau “Saya risau jika tiba-tiba tetak orang atau hunus objek tajam yang mengakibatkan orang lain cedera. Kita pun tak tahu sebab melatah ini memang tiada ubat dan ia (melatah) bukan dibuat-buat.
Menurut netizen, orang yang suka melatah ini sangat sukar untuk diramalkan apa tindakan mereka.
Terdahulu, gelagat WafaΒriena memotong daging korban bersempena Hari Raya Aidiladha dan memegang pisau dalam keadaan melatah mencuri perhatian warganet.
Rata-rata netizen bersetuju dengan nasihat yang diberikan oleh Wafariena.
Berikut adalah video perkongsian nya di laman sosial :
View this post on Instagram
BACA:
Halau kutu beras, ini 6 cara mudah yang sangat berkesan
Gadis kongsi pengalaman jadi ketua keluarga buat ramai sebak
Polis tahan seorang lagi individu hina Islam, kali ini di Terengganu