Jangan tulis nama ALLAH pada kad jemputan kahwin.. ‘Dah lama aku tegur, ramai tak ambil kisah dan peduli’

JANGAN TULIS NAMA ALLAH PADA KAD JEMPUTAN KAHWIN

Dah lama aku tegur. Mungkin ramai tak ambil kisah dan peduli. Mungkin mereka fikir masaalah ini masaalah kecil saja. Macam tak ada apa-apa.

Jangan begitu kawan!

Perkataan Assalamu alaikum Waramah tullah” atau pun ‘Bismillahirahmanirahim itu bukan perkataan biasa. Ianya perkataan suci dan mulia.

Jangan tulis nama ALLAH pada kad jemputan kahwin.. 'Dah lama aku tegur, ramai tak ambil kisah dan peduli'

Jangan sesekali di tulis pada kad jemputan kawin mahupun kad ucapan. Baik dalam wording rumi lebih lebih lagi dalam tulisan arab atau jawi.

Tak perlu pun tulis benda tu. Tak ada effect pun pada kad jemputan kawin tersebut. Kalau nak tulis juga, tulislah Salam sejahtera atau selamat sejahtera. Itu dah memadai untuk kita berbahasa didalam menjemput tetamu.

Aku faham niat baik pemberi kad jemputan tersebut tetapi implikasi kepada penerima kad yang jahil dari segi hukum menjaga kesucian nama Allah dan nama berkaitan syiar islam itu akan mengakibatkan dosa besar kerana tidak memelihara nama Allah jika kad tersebut di buang ketempat yang tidak sepatutnya.

Apalagi ketempat yang keji seperti tong sampah dan kedalam longkang.

Hukum memusnahkan kad atau sesuatu yang tercatat nama Allah atau syiar islam ada syarat dan hukumnya. Bukan boleh kita tauk dan campak begitu saja. Ini yang selalu orang tak ambil peduli sebab kejahilan.

Sekali lagi aku ulang, bagi yang membuang kad kawin atau apa saja bahan bercetak dengan sengaja atau jahil yang terdapat nama Allah, nama nabi, nama islam dan syiar islam hukumnya dosa besar. Bertaubatlah.

Kalau seseorang itu tahu akan larangan tersebut tetapi terus membuang dengan sengaja hukumnya boleh mencacatkan akidah dan jatuh pada kekufuran. Hati hatilah!

Kalau ada dalam simpanan kad jemputan tersebut, musnahkanlah mengikut hukum hakam yang di gariskan. Janganlah dibuang, dilangkah dan sebagainya.

Moga-moga kita tidak ulangi kesalahan yang telah kita buat berkali-kali itu terutama sekali bagi yang menghantar kad ucapan atau kad kawin. Cukuplah ditulis nama jemputan, tarikh, tempat dan waktu majlis saja.

Moga tulisan ini manfaat dan tolong share seluas luasnya untuk peringatan kita bersama. Aamin.

BACA :

Menjadi wanita tenang
Rider penghantar makanan kongsi kisah sebak, ‘Nampak ada satu kertas kecik, aku baca. Hampir nak menitik air mata aku’
Ramai terkejut atlet negara rupanya seorang hafizah Al-Quran