‘Jangan tunggu sakit baru nak berubah, sebab, sakit itu, sangatlah sakit…’

‘Jangan tunggu sakit baru nak berubah, sebab, sakit itu, sangatlah sakit…’.

Saya menjalani dua prosedur ini hari ini, MRI Scan dan CT Scan. MRI Scan ialah untuk melihat jika ada hal tidak normal di otak saya, tulang belakang dan saraf. CT Scan pula untuk melihat jika ada saluran darah yang tersumbat di seluruh badan saya.

'Jangan tunggu sakit baru nak berubah, sebab, sakit itu, sangatlah sakit...'

MRI SCAN:

Saya dibaringkan, leher dikunci dengan sejenis alat supaya tidak boleh bergerak, tangan diletakkan di atas perut tapi tangan tak boleh letak dua lapis, takut tak muat masuk dalam tu kalau tangan dua lapis (maksudnya tangan tak boleh buat macam waktu kiam dalam sembahyang tu). Dalam tangan kanan diletakkan sejenis alat, kalau apa-apa hal berlaku masa scan nanti boleh tekan alat tu.

Kalau tekan alat tu, scan akan dihentikan, dan akan diulang semula. Oh ya, masa scan ni, pegawai tu boleh dengar suara kita, maksudnya kalau kita menjerit ke, berzikir ke, mengeluh ke, menangis ke, dia dengar.

Setelah siap dibaring dan ‘dikunci’ tangan dan leher, tempat baring tu pun bergerak masuk ke dalam terowong tu.

Dalam terowong tu, memang sempit. Tak boleh bergerak. Memang sebelum mula prosedur tu pegawai tu kata tak boleh bergerak nanti scan akan terganggu, tapi bila dah masuk dalam tu memang tak boleh bergerak pun, tak ada ruang pun untuk bergerak.

Masa ini lah tiba-tiba datang rasa risau, dibang dibu, susah nak bernafas, nak bergerak tak boleh, ah sudah! Dan tak lama kemudian, ada bunyi yang agak kuat. Macam bunyi mesin, macam bunyi jentera. Ya, alat tu berbunyi waktu imbasan dijalankan.

Bayangkan dalam keadaan sempit, tak boleh bergerak, leher dikunci, susah nak bernafas, tiba-tiba bunyi bising pulak. Puaslah berzikir Allah Allah Allah. Tapi kejap je zikir lepas tu diganti dengan rasa risau dan dibang dibu.

Dari zikir Allah Allah Allah, lepas tu bertukar jadi Ya ALLAH! Ya ALLAH! Ya ALLAH! Dan bunyi kuat tu pun berhenti. Saya pun bertanya dah habis ke?

Jawapan: Oh baru nak masuk 3 minit ya.

Haaa? Baru 3 MINIT?

Tempoh prosedur ini ialah 30 minit. Dan bunyi bising tu bersambung semula.

Saya kuatkan semangat untuk teruskan sampai habis 30 minit. Ingat Allah, ingat mak ayah, ingat isteri, ingat anak-anak, ingat kapten Amerika.

Akhirnya habis juga. Fuhhh….!

Buat anda semua yang perlu melalui MRI Scan ni, jangan takut pulak. Kena beranikan diri dan set minda awal-awal bagaimana keadaannya, kuatkan semangat insya Allah akan tamat dengan jayanya.

CT SCAN:

Juga dibuat dalam keadaan baring. Tapi leher tidak dikunci. Dan tak masuk terowong. Cuma masuk ke dalam gelung tu yang bentuknya macam donat. Dan saiz gelung tu besar, tak sempit.

Siap dibaringkan, tempat baring tu akan bergerak masuk ke dalam gelung tu.

Bila nak start scan, sejenis ubat cecair akan disuntik melalui tapak yang dah dibuat di tangan saya awal sebelum baring tadi.

Ubat ni masuk dengan laju (5ml/s). Badan rasa panas masa ubat ni masuk. (memang panas). Bila ubat ni betul-betul berada di jantung, waktu tu scan akan dibuat.

Saya boleh nampak bahagian dalam gelung tu berpusing-pusing waktu dia tengah scan tu.

Masa tengah scan ni juga, dari alat tu, saya boleh dengar arahan dari pegawai yang bertugas, dia kata tarik nafas, lepas nafas, tarik nafas, tahan nafas, bernafas macam biasa.

Prosedur ni 5 minit je no problem.

Ok itu je, tenkiu sudi baca.

Updated:

Tulisan ini ialah pada tahun 2019. Waktu itu badan saya obesiti tahap 3. Macam-macam penyakit dah hinggap. Ujian-ujian di atas akhirnya membawa saya kepada pengesahan bahawa ada 3 saluran jantung saya yang tersumbat. Saya terpaksa menjalani rawatan masuk stent.

Alhamdulillah Allah masih beri saya umur. Penyakit ini benar-benar menginsafkan saya. Mulai saat itu saya nekad untuk ubah diri saya menjadi lebih sihat.

Hari ini, 14/7/23, saya telah berjaya menurunkan banyak berat badan saya dan badan juga telah semakin sihat.

2019

  • Berat: 150kg
  • BMI: Obesiti 3
  • Pinggang: 54
  • Baju: 6XL

2023

  • Berat: 70kg
  • BMI: Normal
  • Pinggang: 30
  • Baju: XL/L

Kawan-kawan, jagalah Kesihatan anda sebelum anda sakit. Berubahlah. Jangan tunggu sakit baru nak berubah, sebab, sakit itu, sangatlah sakit…

BACA :

‘Akhirnya mereka ada tempat bermanja’
Ayah sakit strok jadi wali akad nikah bikin netizen sebak, ‘Tak sengaja air mata mengalir, rindu bapa’
Mitos penjagaan kereta yang selalu anda dengar, ‘Tutup aircond kereta boleh jimat minyak?’