Janna Nick tak akan guna masalah bipolar dihadapinya untuk raih simpati

Janna Nick tak akan guna masalah bipolar dihadapinya untuk raih simpati. Janna Nick menyifatkan dirinya bodoh sekiranya menjadikan masalah bipolar yang dialami sebagai modal untuk meraih perhatian di media sosial.

Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner berkata, perkongsian mengenai kesihatan mentalnya itu adalah sebagai pendedahan kepada orang ramai untuk memerangi isu berkenaan yang semakin meruncing.

“Saya bukan sesuka hati ‘claim’ yang saya menghidap masalah bipolar sebaliknya disahkan oleh doktor. Saya bodoh sekiranya menjadikan isu mental ini sebagai ‘content’ (kandungan) di media sosial.

“Jika sekadar menjadikan ‘content’ di media sosial, kenapa baru sekarang? Saya berkongsi mengenai isu mental yang saya alami kerana ingin memberikan pendedahan kepada mereka di luar sana. Tiada siapa yang sempurna, apa yang ditonjolkan di media sosial bukanlah realiti sebenar kehidupan,” katanya.

Janna Nick tak akan guna masalah bipolar dihadapinya untuk raih simpati

April tahun lalu, Janna mendedahkan dia mengalami masalah gangguan bipolar selain mengaku pernah membuat cubaan bunuh diri ketika berusia 14 dan 15 tahun.

Menerusi perkongsian yang sama, Janna turut memaklumkan dirinya mengambil ubat anti kemurungan bagi membendung isu mental yang dihadapinya.

Janna ditemui pada malam gala pratonton filem Juang arahan lima pengarah tersohor, Matt Lai, Aziz M Osman, Datuk Yusry Abdul Halim, Kabir Bahtia, dan Osman Ali yang akan ditayangkan pawagam bermula 8 September ini.

Malah, Janna mendedahkan dia sememangnya berhadapan dengan cabaran yang sangat berat sewaktu menjalani penggambaran filem berkenaan.

Sewaktu melakonkan filem sarat emosi itu, Janna berkata, dia sebenarnya sedang berada dibawah pengaruh ubat anti depresi.

“Ketika penggambaran filem ini, itu adalah kali pertama saya mengambil ubat bipolar. Saya memang sangat kecewa. Pada waktu itu, saya memang tiada perasaan langsung.

“Malah, saya juga memaksa emosi itu keluar sebab saya dah makan ubat anti depressi untuk menghentikan segala rasa dalam diri.

“Bayangkan dalam keadaan sebegitu, saya kena berlakon serta wajah sugul dan sembab yang ditunjukkan dalam filem ini memang real. Mata saya itu pun bukan dibuat-buat,” katanya.

BACA: 

Dapat gelaran ‘Askar Gila’, brader ni tak patah semangat

Buat aksi panas di stadium waktu perlawanan, pasangan kekasih bakal dipenjara