‘Jika belum kaya, pastikan kita nampak kaya’

KENA NAMPAK KAYA

Jika belum kaya, pastikan kita nampak kaya.

Bila kita nampak kaya, barulah kita akan dihormati.

'Jika belum kaya, pastikan kita nampak kaya'

Bila kita dihormati, baru kita boleh hidup dalam masyarakat.

Jika belum kaya, pastikan kita buat hutang banyak banyak bagi nampak kaya.

Hutang orang tak nampak, kereta mewah, rumah mewah, gelang megah, beg tangan semua orang nampak.

“Wahhh, kayanya engkau sekarang”. Jangan terus jawab ya.

Jawablah dengan zuhud.

“Mana ada, kau tu lagi kaya”

“Alah sikit jer nie, abang Mahmud bagi sempena anniversary ke 55 kami. Dia beli kat Dubai nie”.

“Alah murah jer nie aku beli kat Poh Kang jer. Banyak sale murah murah”.

Kawan kawan,

Jadilah kaya yang sejati. Kata orang Jitara “Money talks, wealth whisper”

Diam diam menjadi kaya.

BACA :

‘Bulan ini agak sempit untuk semua orang. Orang nak bayar bil klinik pun tak mampu’
Ayah datang sekolah buat kejutan untuk anak setelah 5 tahun tak jumpa
9 cara jadi orang kaya