Johny Depp tak minat kutuk Amber, fokus untuk teruskan hidup

Johny Depp tak minat kutuk Amber, fokus untuk teruskan hidup. Pelakon Hollywood, Johnny Depp tidak berhasrat menyertai netizen dalam mengutuk bekas isterinya, Amber Heard selepas kekalahan wanita itu dalam kes saman antara mereka berdua, lapor laman India Today.

Menurut sumber rapat Depp, aktor Pirates Of The Carribean itu hanya mahu meneruskan kehidupan seperti biasa selepas kebenaran berpihak kepadanya.

“Johnny tidak mengharapkan atau mendoakan apa-apa yang buruk ke atas Amber.

Johny Depp tak minat kutuk Amber, fokus untuk teruskan hidup

“Dia tidak berminat mengikut trend warga netizen yang meluahkan rasa benci pada wanita itu ataupun mendedahkan saat-saat kejatuhannya pada umum. Johnny cuma mahu teruskan kehidupan yang selama ini terhenti kerana fitnah bekas isterinya,” ujar sumber.

Apabila bercakap mengenai rancangan masa depan, pelakon itu teruja dengan segala perancangan tahun depan dan kerjanya.

“Johnny tidak sabar untuk mengadakan jelajah tahun depan, dia mempunyai banyak projek yang disediakan untuk memastikan dia sibuk buat sementara waktu”, tambah sumber yang sama.

BACA:

Berhabis RM3,000 ‘modified’ kereta untuk kemudahan ayah, lelaki ini terima pujian

Yoe Parey ambil keputusan tutup gerai, ini sebenarnya yang berlaku

Pakai tanjak tengok Mat Kilau, trend yang menyusahkan orang lain, ini sebabnya