‘Kadang-kala orang di bandar kesian dengan kehidupan orang di kampung, tetapi hakikatnya kami yang kesian kehidupan orang di bandar’

‘Kadang-kala orang di bandar kesian dengan kehidupan orang di kampung, tetapi hakikatnya kami yang kesian kehidupan orang di bandar’.

Di tik tok, seorang pimpinan PKR iaitu Iswardy Murni selalu menyebut Kelantan dan Terengganu merupakan negeri miskin.

Beliau juga menyifatkan pengundi yang memilih PAS memilih untuk menjadi sebuah negeri yang mundur.

'Kadang-kala orang di bandar kesian dengan kehidupan orang di kampung, tetapi hakikatnya kami yang kesian kehidupan orang di bandar'

Rumah ini di dirikan di atas tanah berkeluasan 5 ekar.

Di kelilingi pokok durian, manggis dan juga rambutan.

Di sebelah kiri rumah terbentang sawah padi berkeluasan lebih 50 ekar.

Parking di hadapan rumah boleh memuatkan 20 buah kereta dalam satu-satu masa.

Rumah saya mempunyai 7 bilik dan juga 7 bilik air.

Bilik semua beraircond.

Jarak dengan masjid cuma 300 meter.

Saya boleh solat 5 waktu di masjid dengan cuma berjalan kaki sahaja.

Jarak dengan bandar cuma 7 kilometer.

Jarak dengan tempat kerja cuma 10 kilometer.

10 minit je kalau naik motor.

Jalan tak sesak.

Boleh hirup udara segar.

Petang-petang lepas kerja bawak anak roda kampung tengok sawah padi, tengok lembu dan juga kambing.

Nak shopping selalunya saya ke KTCC Mall di Kuala Terengganu atau Aeon Mall Kota Bharu.

Selalu duk shopping online je banyak.

Cukup lah tu mall yang ada sebab nak shopping kerap-kerap duit bukan banyak.

Cukuplah dengan pembangunan yang ada.

Saya bersyukur dengan apa yang ada.

Kami tidak perlu bersesak untuk ke pejabat atau berjalan-jalan.

Kami tidak perlu beratur menaiki ets ataupan lrt.

Kami tidak perlu berpusing-pusing mencari parking kosong.

Kami tidak perlu bersesak-sesak menaiki lif untuk pulang ke rumah.

Kami tidak perlu serabut-serabut berperang dengan jiran di sekeliling yang bermacam ragam.

Di daerah saya tinggal ada pantai yang cukup indah.

Pantai Bukit Keluang, Pantai Air Tawar dan juga Pantai Benting Lintang.

Kami juga ada 3 air terjun iaitu Lata Tembakah, Lata Belatan dan Lata Air Kolam Deru.

Kami juga ada Pulau Perhentian yang cukup gah di mata pelancong dari seluruh dunia.

Tempat-tempat macamni lah jadi tempat kami heeling.

Kadang-kala orang di bandar kesian dengan kehidupan orang di kampung.

Konon kami mundur, tak maju, hidup serba kekurangan.

Tak ada pembangunan dan tak ada tempat heeling.

Tetapi pada hakikatnya kami yang kesiankan kehidupan orang di bandar.

Jangan hina kami yang hidup di kampung.

Kami mungkin tak mendiami rumah berharga jutaan ringgit seperti anda.

Tapi kami cukup segalanya.

Kos sara hidup tak tinggi.

Cukup pakai, cukup makan.

Alhamdulillah.

BACA :

‘Saya takda duit kecik, esok atau bila2 cik boleh datang bayar’, balas kakak tu pada brother tu
Wanita maut selepas buat pembedahan besarkan payudara dengan doktor tak ‘bertauliah’
‘Aku menantu yang tak bekerja, setiap hujung bulan mertua bagi duit belanja’