Kajian dedah isteri bela kucing paling berisiko untuk curang

Kajian dedah isteri bela kucing paling berisiko untuk curang. Satu tinjauan terbaharu mendapati bahawa isteri yang memelihara kucing sebagai haiwan kesayangan lebih cenderung untuk berlaku curang dengan suami mereka, lapor akhbar The Sun UK, semalam.

Wakil platform janji temu individu yang sudah berkahwin, IllicitEncounters, Jessica Leoni yang menjalankan tinjauan itu berkata, 22 peratus daripada 1,400 isteri curang mengakui memiliki kucing sebagai haiwan kesayangan.

Kajian dedah isteri bela kucing paling berisiko untuk curang

Selain kucing, wanita yang memilih ikan sebagai haiwan peliharaan juga berisiko tinggi bermain kayu tiga dengan pasangan mereka sebanyak 17 peratus.

Wanita yang memelihara anjing dipercayai paling setia kerana hanya 12 peratus sahaja daripada peserta tinjauan mengaku menduakan pasangan mereka.

Seorang wanita bernama Camilla, 42, yang mengaku curang dengan suaminya memberitahu kucing adalah haiwan yang senang dijaga.

“Kucing sangat berdikari jadi ia memberi saya lebih banyak masa untuk menjalin hubungan sulit.

“Mempunyai kekasih gelap memberi saya suntikan adrenalin untuk menikmati hidup,” kata Camilla. – Agensi

BACA:

Pengeluaran KWSP khas: Rupanya M40 paling banyak mohon, lelaki dedah keadaan sebenar

Pengarah KPDNHEP sahkan rakyat Singapura isi RON95 tidak boleh diambil tindakan

Syatilla Melvin bebel dalam loghat utara barulah TikTok ‘unbanned’ akaunnya