’Kalau nak gantung, gantung sampai mati’ luah Tajuddin

’Kalau nak gantung, gantung sampai mati’ luah Tajuddin. Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hari ini tampil menegaskan penggantungannya selama enam tahun oleh UMNO baru-baru ini ‘bukan gantung mati’.

Dalam nada sinis, Tajuddin sebaliknya mendakwa dia masih ahli UMNO, demikian jelasnya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

“Itu tiada masalah, kita masih UMNO. (Tindakan) gantung itu bukan gantung mati, apa ada masalah?

“Kalau nak gantung, gantung bagi mati, itu OK. Kalau tak mati, nanti takut dia hidup balik,” katanya disambut ketawa ahli dewan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan (BN-Pontian), yang kebetulan duduk di sebelahnya, kelihatan tersenyum lebar.

’Kalau nak gantung, gantung sampai mati’ luah Tajuddin

Beliau dilaporkan digantung daripada parti selepas diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kertas Tertinggi (MKT) UMNO, Jumaat lalu.

Selain Tajuddin, MKT UMNO juga memecat keahlian Ketua UMNO Cawangan Projek Perumahan Awam (PPA) Sri Labuan yang juga blogger, Datuk Zaharin Mohd Yasin dan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail daripada parti berkuat kuasa serta-merta, mengikut Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9.

Hari ini, Ahli Parlimen Pasir Salak itu mengeluarkan kenyataan itu apabila dia diganggu ketika sesi soalan lisan.

Tajuddin mengemukakan soalan tambahan mengenai cabaran ekonomi di negara ini, masalah pengeluaran seperti yang dihadapi oleh industri elektrik dan elektronik.

Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) yang mencelah dan bertanya sama ada Tajuddin akan bertanding lagi pada Pilihan Raya Umum (PRU) kelak.

“Itu tiada masalah, kita masih UMNO. (Tindakan) gantung itu bukan gantung mati. Apa ada masalah?,” katanya.

Pada Jun lalu, Tajuddin telah disingkirkan daripada MKT kerana menggelar presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai “liabiliti” dan menuntut peletakan jawatannya daripada jawatan tertinggi.

BACA:

Jennie Blackpink kantoi simpan gambar lelaki tanpa pakaian di telefon

Bekas isteri Bad Indigo temui pengganti setelah habis eddah

Polis bersekongkol dengan gangster, ini jawapan padu polis