Karakter ‘cikgu’ Fadhlina yang bersahaja, tenang curi tumpuan

Karakter ‘cikgu’ Fadhlina yang bersahaja, tenang curi tumpuan. Suasana Dewan Rakyat yang agak hambar pada Khamis digamatkan dengan karakter ‘cikgu’ oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mencuri tumpuan.

Fadhlina ketika sesi menggulung perbahasan Titah Diraja secara berseloroh meminta mana-mana ahli Parlimen yang disebut nama iaitu merujuk kepada soalan-soalan yang telah dibangkitkan, supaya mengangkat tangan ketika dipanggil.

“Jelebu ada? tidak ada. Sik ada? baik…ahli yang berhormat, yang saya panggil, angkat tangan ya supaya saya boleh catatkan kehadiran.

@dannsq18 #parlimenmalaysia #pakatanharapan #pkr #menteripendidikan #ybfadlinasidek ♬ original sound – Dann

“Senang saya nampak siapa yang hadir untuk saya jawab soalan,” katanya.

Situasi itu mengundang reaksi seorang ahli Parlimen yang melaungkan ‘macam cikgu’ sambil disambut dengan suara ketawa dalam Dewan Rakyat.

Beberapa reaksi Fadhlina (PH-Nibong Tebal) yang tenang dan bersahaja ketika mengawal celahan daripada ahli-ahli Parlimen lain juga turut mencuit hati.

Pada akhir sesi juga seorang ahli Parlimen sempat mengajuk dialog ‘terima kasih cikgu’ dalam rancangan animasi popular Upin Ipin.

BACA JUGA:

Mydin bermula dari kedai papan, kini menjadi gedung besar

Ronaldo teruja raikan hari Penubuhan Arab Saudi Bersama rakan sepasukan

Dewan Rakyat: Tumpu kepada rasional kemasukan pakar perumahan Singapura ke Malaysia