Kazar luah rasa penat kena buli, mahu berehat

Kazar luah rasa penat kena buli, mahu berehat. Sudah beberapa hari berlalu, masih hangat diperkatakan mengenai isu perkahwinan pengarah terkenal, Syamsul Yusof bersama Ira Kaza sehingga dikecam teruk oleh netizen.

Bukan pasangan itu sahaja dikecam, malah bapa kepada Ira iaitu pelakon Kazar Saisi juga turut dihentam kerana membenarkan anaknya berkahwin dengan suami kepada aktres, Puteri Sarah.

Terbaru, perkongsian Kazar di Instagram menjadi perhatian ramai apabila memuat naik satu posting dipercayai merujuk kepada situasi membabitkan pernikahan anaknya itu.

Kazar menulis kapsyen mahu berehat sekejap serta meluahkan rasa penat kerana dibuli serta memuat naik foto gelap pada hantaran tersebut.

Kazar luah rasa penat kena buli, mahu berehat

“Rehat jap, penat kena bulu,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi perkongsian lain Kazar turut dilihat ada memuat naik video ceramah tokoh agama terkenal, Mufti Menk yang bercakap mengenai cabaran dalam kehidupan.

Kazar turut menulis pada ruangan kapsyen bahawa perkongsian itu adalah peringatan untuk diri sendiri dan bukan ditujukan kepada orang lain.

Sebelum ini, memetik mStar Online, Kazar yang kini sedang menjalani penggambaran enggan mengulas mengenai isu perkahwinan anaknya itu.

BACA:

Gara-gara Syamsul, Shamsul Ghau Ghau jadi mangsa

Tak perlu seksi pun, penampilan berhijab anak Erra Fazira curi tumpuan