Kejam! Pasangan buang bayi bertali pusat ke sungai, ini yang terjadi akhirnya. Sepasang kekasih ditahan bagi membantu siasatan atas kes pembuangan bayi dalam sungai di Kampung Melayu Pandan, pada Ahad.
Bukan suami isteri
Menurut laporan Kosmo, Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintendan Dr. Mohd. Roslan Mohd Tahir berkata, kedua-dua suspek dipercayai ibu bapa kepada bayi berkenaan telah ditahan dalam operasi yang dijalankan bermula pukul 1 petang hingga 1.30 tengah hari, hari sama.
Berdasarkan siasatan, kedua-dua suspek masing-masing berusia 27 dan 28 tahun itu bekerja sebagai operator kilang dan merupakan pasangan kekasih.
Polis mengesan beberapa gambar dan satu rakaman video tular yang kelihatan seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat di dalam sebuah parit.
Walau bagaimanapun, kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Mayat bayi berkenaan telah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk proses bedah siasat.
Selain itu, dalam operasi tersebut, pihak polis merampas beberapa barang termasuk t-shirt dan kain yang mempunyai tompokan darah, dua telefon bimbit serta beberapa jenis ubat yang ditemui.
Polis turut merampas beberapa barangan antaranya t-shirt dan kain sarung yang terdapat kesan darah, dua telefon bimbit dan juga beberapa ubat seperti Ciproglen, Fenagessic, Anarex dan Spasmin.
BACA:
Nyaris dirogol waktu riadah di Taman Rekreasi
Fun Fair degil : Sudah disita namun masih beroperasi
Pekerja kilang didenda kerana hina Agong, Permaisuri