Kejam !!! Warga emas maut ditikam anak saudara

Akibat dendam, warga emas maut dipercayai ditikam anak saudara sendiri di Kampung Serom 3, Sungai Mati, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 11.15 pagi, lelaki berusia 72 tahun itu ditemukan dalam keadaan parah di bahagian muka, kepala dan bahagian badan dipercayai kesan senjata tajam.

Mangsa bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan di Sungai Mati, di sini.

Berang ditegur, bekas banduan tikam bapa saudara hingga mati

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan, Mohd Fadhil Minhat berkata, suspek berusia 36 tahun didapati menikam mangsa menggunakan pisau sepanjang 27 sentimeter diperoleh dari dalam kediaman ketika kejadian.

“Siasatan awal mendapati mangsa kerap menasihati suspek supaya berkerja dan bertanggung jawab terhadap diri sendiri.

“Suspek menetap bersama mangsa sejak kecil,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Fadhil berkata, ketika kejadian terdapat tiga lagi individu saudara terdekat keduanya namun tidak mampu berbuat apa-apa.

Menurutnya, berdasarkan semakan lampau, suspek memiliki enam rekod jenayah lampau antaranya berkaitan dadah, cabul dan kekerasan jenayah.

“Suspek yang juga penganggur baharu dibebaskan dari penjara Januari lalu.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kami menunggu keputusan laporan bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Katanya, suspek akan dibawa ke di Mahkamah Majistret di sini, esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/729816/tikam-bapa-saudara-kerana-dendam